Telur Goreng Kicap ~ Menu Paling Istimewa

June 16, 2016

Assalamualaikum semua..hari nie Kak Sue nak kongsi Telur Goreng Kicap menu paling istimewa!Sebenarnya kan Abang Man suami Kak Sue pernah bagi tahu,kalau tiap hari lauk telur goreng kicap pun tak apa..sebab Abang Man memang suka sangat.Cukuplah kalau ada menu yang satu nie,dah buat Abang Man makan bertambah-tambah...
Hari nie Abang Man minta Kak Sue masakkan menu kesukaan Abang Man nie.Kebetulan Kak Sue pun dah tak ada idea nak masak apa dan hari nie anak dara Kak Sue yang seorang tu yang masakkan untuk Abahnya memandang Kak Sue kalut ada kerja lain yang nak diselesaikan.Lagi pun mudah dan ringkas aja nak sediakan menu nie,Kakak pun dah boleh harap dan dah pandai masak beberapa menu yang ringkas sekarang nie.
Rasanya korang pun tahu kan cara nak sediakan menu istimewa nie,ehehe..Memula goreng telur dulu.Kemudian panaskan minyak,tumiskan bawang besar,bawang putih dan cili padi yang dihiris halus.Apabila bahan tumis layu,angkat dan taburkan atas telur yang digoreng tadi.kemudian letak kicap,dah siap.Mudah sangat kan..kalau korang mengejar masa atau tak sempat nak masakkan untuk berbuka atau bersahur bolehlah cuba menu istimewa Kak Sue nie ye..ehehe..jumpa lagi,papai!

You Might Also Like

1 ulasan

  1. Hehe syima suka juga makan telur goreng kicap ni. Kalau sahur, mesti makan ni

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.