Sup Kepala Ikan Merah

June 04, 2016

Assalamualikum semua,hari nie Kak Sue nak kongsi resepi lagi.Mood tengah rajin nak masak nie..ehehe!Resepi nie Kak Sue dapat dari Blog Saidila salah seorang family KBBA yang lebih dikenali dengan nama Kak Long Kawasan..huyoo,nama macam takut aja kan.Jangan risau beliau sebenarnya nampak aja kasar tapi baik hati dan peramah,tak gitu Dila..ehehe..Kak Sue sebenarnya lama dah nak cuba resepi nie,tapi belum ada kesempatan nak mencubanya jadi bila ada masa terluang nie Kak Sue pun gigih lah nak siapkan menu nie..Jom kita tengok resepinya jom..

Resepi Sup Kepala Ikan Merah
Resepi Asal : Saidila

Bahan2nya:
1 potong kepala ikan merah
1 biji bawang holand *dihiris
5 biji bawang putih *dihiris
5 batang cili padi vietnam *diketuk (Kak Sue hiris dan guna lebih cili)
3 inci halia *dihiris tebal
2 batang serai *diketuk
3 biji tomato belah 4 (Kak Sue guna dua biji aje)
5 biji limau kasturi diperah dan ambil jusnya sahaj
Daun bawang dihiris kasar
Daun Ketumbar dihiris kasar
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
Bawang goreng
Air secukupnya
Garam dan gula secukupnya

Cara2nya:
Panaskan minyak dan tumis semua benda yang berhiris tadi
Masukkan air dan jadikan kuh secukupnya
Masukkan kepala ikan setelah air mendidih
Tambah air kalau perlu
Masukkan kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga
Kemudian masukkan cili,tomato dan tambahkan jus limau
Akhir sekali masukkan gram dan gula secukup rasa
Taburkan daun sup,daun bawang,daun ketumbar dan bawang goreng
Siap untuk dihidangkan..

Selamat mencuba ya,papai!

You Might Also Like

1 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.