Sambutan Raya ~ Karnival Mega Raya Stadium Malawati Shah Alam

Assalamualaikum semua,rasa beberapa tahun kebelakangan nie Kak Sue dah jarang ke event yang dibuat di Stadium Malawati.Kebetulan Kak Sue singgah sini selepas menghantar Adik dan Abang interview di sekolah baru mereka.Kak Sue rasa kan tahun nie mana-mana tempat yang Kak Sue singgah macam kurang meriah seperti tahun-tahun terdahulu..Kira macam kita boleh jalan relak-relak,tak ada lah bersesak sangat..atau agaknya semua orang berjimat kut memandang ekonomi negara kita yang..entah nak cakap pun buat sakit hati aja!




Kak Sue tak ada apa pun nak cari kat sini,cuma singgah jalan-jalan cuci mata.kalau ada pun untuk anak-anak aja.Tadi belikan topi Lawo untuk Abang,pakaian untuk Adik jenama tak tahu nak sebut ehehe.. dan sedikit kuih raya.Barangan lain rasanya kami semua dah selesaikan,jadi tak ada lah membeli sangat kat sini.Kak Sue doakan semua peniaga tahun nie dimurahkan rezeki ya..Episod kedua untuk sesiapa yang tak sempat singgah sini ialah pada 2 dan 3 Julai 2016 nanti.Jangan lupa singgah ya..papai!

Post a Comment

0 Comments