Resepi Kimchi Mudah

Assalamualaikum semua,hari nie Kak Sue nak kongsi resepi dari internet.Banyak sebenarnya resepi yang ada,macam-macam versi.Kak Sue pili...

Assalamualaikum semua,hari nie Kak Sue nak kongsi resepi dari internet.Banyak sebenarnya resepi yang ada,macam-macam versi.Kak Sue pilih resepi yang mudah dan ringkas sebab Kak Sue memang suka cuba resepi yang mudah,ringkas dan cepat.Kalau ikut pada resepi tak lah mudah dan ringkas sebab kena buat bubur dan paste kimchi tu berlainan.Cuma Kak Sue cuba cara Kak Sue dengan tambah sikit cara lain..Kak Sue masak bubur dan paste kimchi sekejap..haaa,gitu!Jom lah kita tengok resepinya ya..

Resepi Kimchi Mudah
Resepi Asal : IzyanLife


Bahan Utama
Separuh kobis panjang
Sebiji Carrot
Garam

Cara2nya:
Cuci kubis dengan bersih,jangan tanggalkan kelopak kobis
Lumur kobis dengan garam,ratakan pada semua kobis
Biarkan empat jam
Setelah empat jam,cuci kobis bersih dan toskan serta tekan jangan bagi berair sangat
Carrot dipotong secara memanjang

Bahan Untuk Bubur
1/2 cawan tepung pulut
1/4 cawan gula
3 cawan air

Cara2nya:
Campurkan tepung dan air
Didihkan,kemudian masukkan gula
Kemudian masukkan kimchi paste yang telah dikisar
Kacau hingga mendidih,tutup api dan sejukkan.




Kimchi Paste
Bahan2nya:
3 tbs serbuk cili (Kak Sue guna serbuk cili Babas)
1 cawan sos ikan
2 helai besar daun bawang
Untuk dikisar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara2nya:
Potong daun bawang dan carrot memanjang
Kemudian campurkan bubur kimchi yang telah dicampurkan dengan serbuk cili serta sos ikan
Gaulkan bersama kobis,lumur rata
Kemudian sejukkan dalam fridge 24 jam


Simpan dalam bekas macam nie,tutup dan sejukkan.nanti lepas 24 jam bolehlah kita makan dengan nasi atau makan kimchi begitu saja.Dah siap,pada korang yang minat dengan amakan korea boleh cuba resepi nie..Selamat mencuba,papai!






You Might Also Like

2 ulasan

  1. salam , kak saya tak makan kimchi hehhe, tapi boleh cuba pada yang minat

    ReplyDelete
  2. Macam best je yang ni.. X yah peram..
    Atie pernah buat, tapi kena peram 2 hari kat luar.. So taste dia dah masam.. Bau pun x sanggup dah, makan apatah lagi.. hihi.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.