Pucuk Paku Masak Taucu

June 08, 2016

Assalamualaikum,hari nie menu ketiga..masih bertahan lagi memasak di rumah,ehehe.Kali nie pun menu serba ringkas dan antara menu kegemaran Abang Man Pucuk Paku Masak Tauchu.Kita jarangkan nampak orang masak menu nie,resepinya Kak Sue dapat dari Abang Man sendiri sebenarnya.Kadang kalau Abang Man rajin ke dapur Kak Sue suka tanya macam mana resepinya,Abang tak suka ikut sangat resepi.Abang Man kata masak ikut hati aja,jangan ikutkan sangat sukatannya tu..Jadi Kak Sue pun kadang masak apa yang Kak Sue rasa tak lari dari resepi sebenar.Main masuk aja bahan,janji sedap!ehehe..Jom kita intai resepinya jom..

Pucuk Paku Masak Taucu

Bahan2nya:
4 ikat pucuk paku ~ bila kita masak ia mengecut sikit
1 biji bawang besar *dikisar
3 biji bawang putih *dikisar
1 inci halia *dikisar
14 cili padi ~ atau terpulang nak pedas macam mana *dikisar
4 sudu besar taucu
1/2 kiub ikan bilis Knorr
1 cawan air
Sedikit minyak untuk menumis

Cara2nya:
Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah dikisar tadi
Biarkan bahan tadi naik bau dan betul-betul masak
Masukkan air dan masukkan taucu
Biarkan mendidih sebentar,masukkan kiub ikan bilis Knorr
Akhir sekali masukkan pucuk paku dan gaul rata
Kemudian biar didih sebentar,bolehlah tutup api
Sedia untuk dihidangkan..

Selamat mencuba,papai!




You Might Also Like

3 ulasan

  1. laki kita tak suka taucu..nakmakan taucu pun susah..hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..kalau orang dalam rumah tak makan,kta nak masak pun susah...hihihi..

      Delete
  2. lama tak makan taucu. Nanti nak buat

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.