Paprik Udang Bersayur

June 11, 2016

Assalamualaikum,hai semua..Diam tak diam dah hampir seminggu kita semua menjalankan ibadah berpuasa.Kak Sue harap tahun nie diberi kesihatan yang baik dan semangat rajin nak masak sehingga ke penghujungnya..ehehe.Begitu juga dengan amalan kita ya,jangan fikir tentang makan aja,sedangkan amal kita tak tingkatkan.Nasihat nie untuk diri dan keluraga Kak Sue sendiri juga..

Okaylah jom kita tengok resepi hari nie pula.Kak Sue nak cuba resepi dari blogger masakan terkenal Che Mat Gebu,Paprik Udang Bersayur.Jom kita tengok resepinya jom...tapi ada bahan yang Kak Sue tak letak sebab tak ada stok kat rumah.Pesan dengan Abang Man pun kebetulan hari nak masak nie lah,bahan yang Kak Sue nak tak ada kat kedai runcit depan tu,tak apalah guna aja bahan apa yang ada.Kita yang buat dia kan..ehehe

Paprik Udang Bersayur
Resepi Asal : Che Mat Gebu

Bahan2nya:
udang
1 biji bawang besar *dihiris
2 ulas bawang putih  *dihiris
6 biji cili padi siam merah *dititk
1 camca besar sos cili thai *Kak Sue tak letak 
1 camca besar sos tiram
3/4 sudu besar pes tomyam
1/4 bahagian trafficlight capsicum,didadu besar *Kak Sue tak letak
10 tangkai sweet pea *Kak Sue tak letak
Sebesar penumbuk kubis bunga - dipotong sekuntum2 - Kak Sue letak brokoli sebab dah ada dalam peti ais guna mana yang ada..ehehe..
1/2 batang lobak merah -belah dua,hiris serong sederhana tebal
3 batang putik jagung
1 biji limau nipis
1/3 cawan air
sos ikan secukup rasa

Cara2nya:
Panaskan minyak dan tumiskan hirisan bawang besar,bawang putih,serai dan cili padi sehingga naik bau
Masukkan sos tiram dan pes tomyam,kacau rata tambah udang.Kacau sehingga udang berubah warna
Masukkan lobak merah,bunga kobis dan putik jagung.Tuang air dan biarkan mendidih.
Masukkan pula sweet pea dan daun limau purut.Kacau dan masak sekejap dan perah limau nipis.Kacau rata dan rasa ikut selera koranglah ya
Tutup api,sedia untuk dihidangkan..

Selamat mencuba ya..Papai!


You Might Also Like

1 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.