Jalan - Jalan Ke Ikea Damansara

June 22, 2016

Assalamualaikum semua,hari nie memang plan nak jalan-jalan ke Ikea Damansara.Ada barang yang Kak Sue nak cari kat sana,sambil cuci mata.Ini kali kedua Kak Sue datang sini,sebab Abang Man memang tak suka tempat yang bersesak.Sebabkan Kak Sue nak cari barang kat sana,Abang Man ikutkan lah juga..ehehe..TQ Sayangku...nie yang sayang lebih nie..


Biasa lah kalau dah datang Ikea nie memang semua barang kita nak..cantik semuanya.Kakak anak dara Kak Sue memang berkenan dengan katil besi macam nie.Jangan kata Kakak,Ibu pun berkenan..jom lah kita sama-sama menabung ye Kakak..mana tahu satu hari impian menjadi kenyataan..ehehe..

Ini pilihan cadar,Kak Sue suka betul corak macam nie.Sebenarnya Abang yang pilih-pilih dulu cadar kat sini.Bila Ibu datang,wahh..cantik pula corak-corak cadar nie..dah berjangkit pula dengan pilihan Abang,harga pun berpatutan kan..sambar untuk Abang dan Ibu..


Langsir nie lah yang Kak Sue cari sebenarnya punca Kak Sue nak datang Ikea nie.Kak Sue ternampak di facebook deco rumah simple,menarik sangat!Langsir nie murah aja RM20.00 siap jahit semua.Tak payah susah-susah dah nak jahit bagai kan..memang berbaloi sangat..

Karpet nie sebenarnya tak ada dalam plan pun,tapi sebab harga murah RM59.00 aja,Abang Man pun belikan untuk Kak Sue..ada banyak lagi pilihan lain tapi yang ini menarik minat mata kami..hihi..
Tiba bahagian dapur,apa lagi bertambah lah rambang mata.Botol nie memang lama Kak Sue berkenan,dah nampak depan mata sambar sekali.Harga pun murah kan..boleh buat isi air sejuk atau untuk hiasan..Jug air pun lebih kurang dengan harga botol tak sampai RM10.00..murah kan..


Last sekali,bunga hiasan..Kak Sue jenis suka yang simple.Tak suka terlampau berbunga-bunga teruk sangat.Just nice kata orang..eceh!Sebenarnya bunga nie nak letak kat bahagian dapur kat rumah Kak Sue..Untuk hiasa ruang tamu bunga tahun lepas elok lagi..jadi kita guna aja mana yang ada..Haaa..dapat dah barang yang Kak Sue cari walaupun ada lari dari perancangan awal,tapi puashati..Jadi boleh lah nak mula kemas dan deco rumah untuk tahun nie...tunggu yaaa Kak Sue kongsikan nanti,papai!

You Might Also Like

1 ulasan

  1. Tiap tiap kali pi Ikea konpem rambang mata, semua nak. Pastu pasang angan angan nnt nak deko rumah camtu gak hehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.