Ikan Keli Sambal Berlado

Assalamualaikum semua,hari nie Kak Sue nak kongsi resepi yang Kak Sue jumpa di web majalah RASA .Sebenarnya Adik anak bongsu Kak Sue yang...

Assalamualaikum semua,hari nie Kak Sue nak kongsi resepi yang Kak Sue jumpa di web majalah RASA.Sebenarnya Adik anak bongsu Kak Sue yang mintak nak berbuka dengan ikan keli hari nie.Adik nak yang ada sambal,Ibu pun gigih la google nak cari resepi lain sikit selain sambal biasa tu kan...
Bila terjumpa resepi Ikan Keli Sambal Berlado macam menarik pulak.Jadi hari nie jom kita cuba resepinya..Kak Sue ubah sikit lah resepinya sebab senang nak guna dalam kiraan biji dari gram tu kan,ehehehe,memanjang memandai kak Sue nie tau,maafkan saya empunya resepi.Lagipun nak buat sikit aja untuk hari nie..Jom masak..


Ikan Keli Sambal Berlado
Resepi Asal : Rasa

Bahan2nya:
 2 ekor Ikan keli - lumur dengan garam dengan kunyit
1 biji bawang besar *dikisar
12 biji cili padi *dikisar
3 biji cicli merah *dikisar
1 inci belacan *dikisar
1 keping asam gelugur
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya

Cara2nya:
Panaskan minyak dan goreng ikan keli hingga garing,ketepikan
Tumis bahan yang dikisar tadi bersama asam keping hingga naik bau
Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa
Tumis sehingga bahan tumisan masak sepenuhnya
Akhir sekali tuangkan sambal ke atas ikan yang telah digoreng tadi
Siap dan sedia untuk dihidangkan

Mudah aja kan,nantikan resepi Kak Sue yang mudah dan ringkas sesuai untuk korang yang mengejar masa nak masak hokay..ecehwah,ehehee..Selamat mencuba!


You Might Also Like

4 ulasan

  1. mudah,ringkas dan pastinya lazat ni kak sue..

    ReplyDelete
  2. Sue,ikan keli ni memang feveret kami sekeluarga :)

    ReplyDelete
  3. sedapnya..dahla feveret ikan keli ni

    ReplyDelete
  4. salam fav ni .. kalau orang saja saja pun mau bertambah nasi :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤