Ikan Bilis Goreng BerCili ~Mudah dan Cepat

Assalamualaikum semua,diam tak diam dah masuk 15 hari kita berpuasa.Rasa sekejap aja masa kan..Dalam minggu nie Kak Sue sibuk sikit dengan mengemas rumah yang tak sudah-sudah.Apa taknya habis semua kabinet dapur dan almari pakaian Kak Sue selongkar..ehehe.Pilih-pilih mana yang rasa dah tak boleh pakai asingkan satu tempat.Ada yang nak dibuang dan ada yang nak disedekah kepada yang memerlukan..
Menu hari nie pun macam semalam simple aja,masak apa yang ada di dapur sebab dah tak sempat keluar nak cari barang basah.Leka dengan kerja mengemas,tahu-tahu dah pukul berapa...jalan mudah goreng aja ikan bilis dan buat sayur sikit.Keluarga Kak Sue setiap hari sayur mesti nak ada dalam menu..semua kaki makan sayur.Ikan Bilis Goreng Bercili nie pun sama juga dengan resepi ayam goreng yang Kak Sue kongsi sebelum nie.Goreng Ikan bilis hingga garing,angkat dan ketepikan.Kemudian goreng bawang yang dihiris membulat bersama cili padi,agak layu sikit terus angkat.Kemudian letakkan aja bawang dan cili atas ikan bilis tadi,dah siap...Pejam mata pun boleh kan,jangan silap-silap tercelup tangan la pulak,nak raya nie woi.,..hahahaha,jumpa lagi ya...papai!

1 comment

  1. menu feveret taim sahur,laju je makan kan sue :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤