Resepi Daging Masak Kicap 2

June 15, 2016

Assalamualaikum semua,resepi hari nie dah biasa Kak Sue masak Daging Masak Kicap memang merupakan antara menu kegemaran kami sekeluarga juga.Selalunya Kak Sue rebus dulu daging biar lembut dulu,kemudian baru masak seperti biasa.Resepi daging masak kicap Kak Sue ringkas aja,selalu nak cepat dan mudah janji sedap!Kali nie Kak Sue tak blender bawang dan halia,Kak Sue hiris halus aja.Kalau korang nak blender pun boleh,lagi sedap dan bergaul mesra gitu..ehehe..

resepi daging masak kicap
Daging Masak Kicap

Daging Masak Kicap

Bahan - bahan :
1/2 kg daging - direbus sehingga lembut,dipotong nipis dan ketepikan.Simpan air rebusan daging tadi
1 biji bawang besar - dihiris halus
3 biji bawang putih - dihiris halus
2 inci halia - dihiris halus
1 biji cili bengala
1 camca besar serbuk lada hitam
1 mangkuk kecil kicap Kipas Udang
2 sudu besar sos tiram

Cara - cara :
Tumiskan bahan yang telah dihiris tadi,sehingga naik bau
Kemudian masukkan air rebusan dan daging tadi,biarkan mendidih sebentar
Kemudian masukkan kicap,sos tiram dan lada hitam,kacau sehingga bergaul mesra
Bila kuah dah agak pekat dan daging lembut masukkan garam dan bahan perasa secukup rasa
Akhir sekali masukkan cili bengala,kacau dan tutup api
Sedia untuk dihidangkan

Selamat Mencuba..


You Might Also Like

1 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.