Ayam Masak Tomato

June 10, 2016

Assalamualaikum semua,hari nie Kak Sue nak masak ayam pula.Abang dan Adik memang lebih suka ayam,ayam goreng atau ayam sambal memang feveret depa lah.Cuma hari nie Kak Sue nak cuba resepi baru Ayam Masak Tomato pula.Rasa seronok bila tengok anak-anak,makan bertambah.Buat Ibu lagi semangat nak masak hari-hari eceh..ehehe..Jom kita tengok resepinya..

Ayam Masak Tomato
Resepi Asal : Kongsi Resepi

Bahan2nya:
8 ketul peha ayam
3 ulas bawang merah - Kak Sue guna sebiji bawang besar *dikisar
3 ulas bawang putih *dikisar
1 inci halia *dikisar
1 biji bawang besar - dihiris nipis
2 biji tomato -dibelah empat - Kak Sue pakai sebiji aja
4 sudu besar sos tomato
3 sudu besar cili boh - Kak Sue letak lebih,nak kuah lebih..ehehe
1 sudu besar sos tiram
1/2 kiub ayam Knorr - Kak Sue tambah
Minyak untuk menggoreng
Sedikit kunyit dan garam secukupnya
Air secukupnya

Cara2nya:
Cuci ayam bersih dan ketepikan
Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng  separuh masak,ketepikan
Panaskan minyak dan masukkan bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau
Kemudian masukkan cili boh dan kacau sehingga pecah minyak.masukkan sedikit air jika kuah terlalu pekat
Masukkan ayam serta sos tomato,sos tiram dan kiub ayam Knorr.Gaul sehingga sebati
Masukkan bawang besar,cili hijau dan tomata,kacau sebati
Tutup api,sedia untuk dihidangkan..

Selamat mencuba ya...Papai!



You Might Also Like

2 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.