Ayam Goreng Kunyit ~ Mudah dan Ringkas

Assalamualaikum,hai semua jumpa lagi kita.Hari nie untuk hari pertama menu berbuka Kak Sue akan menyediakan resepi serba ringkas aja.Sela...

Assalamualaikum,hai semua jumpa lagi kita.Hari nie untuk hari pertama menu berbuka Kak Sue akan menyediakan resepi serba ringkas aja.Selalunya kami bukan makan banyak sangat pun,banyak minum air aja..ehehe.Lagi pun Abang Man jenis suka menu yang ringkas tapi mesti nak pedas.Fikir punya fikir Kak Sue nak masak Ayam Goreng Kunyit yang mudah dan ringkas.Biasa lah bulan puasa,Kak Sue hari-hari akan tolong atau pantau keadaan di Pasar Ramadhan,jadi bila masak nak cepat dan ringkas aja..Jom kita tengok resepinya..

Ayam Goreng Kunyit

Bahan2nya:
dada ayam
1 biji bawang besar *dihiris
3 biji bawang putih *dihiris
1 inci halia *dihiris
10 biji cili padi "dihiris
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam
1 kiub ayam Knorr
Kacang panjang ~ ikut nak banyak mana
Minyak untuk menggoreng

Cara2nya:
Potong dada ayam,cuci bersih dan toskan
Gaul ayam bersama garam dan kunyit
Panaskan minyak dan goreng dada ayam
Kemudian bila dah agak garing bolehlah masukkan bahan hirisan tadi
Akhir sekali masukkan kacang panjang
Sedia untuk dihidangkan..

Selamat mencuba ya resepi yang mudah dan ringkas.Selamat berbuka puasa..



You Might Also Like

8 ulasan

  1. sedapnya ayam goreng kunyit..feberet ni..

    ReplyDelete
  2. Sedap ni! Makan ngan nasi panas panas, pastu sambal tempoyak kak DLaila.. perghhh konpem bertambah! hehe

    ReplyDelete
  3. leh try nanti buat manu brbuka atau sahur... hehehe

    ReplyDelete
  4. salam kak sue , ni anatara resepi yang mudah , kalau malas jugak kena pi bazar la jawabnya

    ReplyDelete
  5. menu feveret suami ana ni sue,simple dan sedap makan panas-panas kan, salam Ramadan dari ana :)

    ReplyDelete
  6. Boleh buat hari ni. Pergi beli ayam jap. Hehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.