Ayam Goreng Cara Kak Sue

June 12, 2016

Assalamualaikum semua,hari Kak Sue keletihan ya amat.Dari pagi sampai lah masa untuk memasak tak berhenti-henti mengemas,mengelap barang-barang kat dapur.Tiba masa nak memasak dah mati idea,apa lah nak masak hari nie yang ringkas pun jadilah.Abang Man terus cadangkan goreng ayam kemudian tabur bawang dan cili padi.Abang Man memang kalau ayamg goreng,ikan bilis goreng atau ikan masin..mesti nak tabur bawang dan cili kat atas..Jadi hari nie resepi Kak Sue yang paling mudah Ayam Goreng Cara Kak Sue...ehehe
Mesti semua tahukan cara goreng ayam,melampau lah kalau tak tahu!Dah siap goreng ayam semua,goreng pula bawang dan cili padi,akhir sekali taburkan aja bawang dan cili di atas ayam tadi,dah siap..Makan dengan nasi,cicah sambal belacan..memang menambah-nambah anak-anak dan Abang Man makan..rasa letih semua hilang,ehehe..Nanti korang boleh la cuba goreng ayam cara Kak Sue ya..Jumpa lagi,papai!

You Might Also Like

2 ulasan

  1. Assalamualaikum kaksue ! Ya Allah lamanya Ain tak singgah sini. Ni nak buat jejak kasih ni! hahaha. kaksue sihat ? Btw kalau waktu sahur selalu la mak ain masak ayam mcm rtu. Simple sedap! untuk sahur ni takyah masak remeh2 sgt. hehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.