X Men Apocalypse Flash Back Waktu Muda..

Assalamaualaikum semua,hari nie seperti yang dijanjikan Kak Sue dan Abang Man sempatlah bawa anak-anak tengok wayang.Dah berapa kali sebenarnya tertangguh nak bawa anak-anak tengok wayang nie,akibat kesibukan Abang Man yang mengalahkan menteri lagi..menteri pun tak sibuk macam beliau..jenuh nak buat temujanji..ehehe..
Sebenarnya kami plan nak tengok Civil War,tapi malam tadi katanya yang ada cuma X Men Apocalypse..jadi layankan aja lah,dah alang-alang sampai kat sana.Filem X Men Aocalypse sebenarnya kira macam flash back waktu muda seperti Charles,Magneto,Raven dan beberapa watak lagi.Dari permulaan cerita memang buat mata Kak Sue tak berganjak dari skrin,memang best sangat bila mana Apocalypse terbenam dalam tanah dan saat kebangkitan kembali.Buat kita berdebar-debar nak tau apa jalan cerita seterusnya..
Selain aksi perlawanan antara Apocalypse dan gabungan mutan yang dijaga oleh Charles ada juga diselitkan aksi lucu yang mencuit hati.Kira filem nie memang menghiburkan dan membuatkan kita semua terpaku di tempat duduk.Apakah kesudahan dihujung filem ini?Berjayakan kumpulan mutan yang dipimpin oleh Charles mengalahkan Apocalypse dari melihat dunia berperang dan kacau bilau?Haaa..yang itu korang kenalah datang menonton sendiri untuk mengetahui pengakhiran filem ini...Kak Sue pasti korang mesti enjoy dan puashati dengan filem X Men kali nie,memang best sangat!Selamat menonton,papai!
X Men Apocalypse Flash Back Waktu Muda..  X Men Apocalypse Flash Back Waktu Muda.. Reviewed by Kak Sue on May 18, 2016 Rating: 5

2 comments:

  1. best! dah tgk semalam. mmg syok :D

    ReplyDelete
  2. Wah bestnya dah tengok Xmen... Saya belum tengok lagi

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Powered by Blogger.