Suspek Demam Denggi..

May 02, 2016

Assalamualaikum semua,hari nie Adik di bawa ke klinik sekali lagi bila tengok keadaan Adik asyik on off aja demam.Sejak dari hari Kak Sue bawak Adik balik ke rumah,nampak Adik lemah dan kurang selera makan...susah hati Ibu nie..Bila dah tak sihat  jugak,terpaksa lah bawak ke klinik lagi walau Adik memang tak suka pergi kilnik...
Sampai di klinik selepas doktor membuat pemeriksaan,Adik kena ambik darah sebab doktor nak periksa demam lama sangat kan.Selepas agak lama menunggu kata Abang Man,maklum lah sekarang nie musim orang tak berapa sihat dengan cuaca yang tak menentukan doktor cakap kemungkinan Adik suspek denggi..Allahurabi,bila Ibu dengar susahnya hati..balik rumah tengok tangan dah bercucuk..
Doktor nasihatkan Adik kena makan,minum air yang cukup,kuat semangat..jangan manja-manjakan diri sangat.Adik memang nampak tak larat sangat dua tiga hari nie.Asyik nak tidur aja katanya Adik rasa tak larat sangat Ibu..Esok Adik diminta datang lagi untuk periksa darah,harap Adik sihat lah seperti biasa semula.Kak Sue nak kongsi dengan ibu-ibu juga korang semua antara tanda-tanda demam denggi...

Demam kuat secara mengejut
Demam yang berterusan
Ruam merah pada kulit
Sakit teruk pada tulang,otot,sendi,biji mata dan kepala
Hilang selera makan
Muntah-muntah
Sakit perut
Pendarahan pada badan,hidung dan mulut
Semua tanda di atas ada yang terjadi pada diri Adik cuma belum sampai pendarahan.Kak Sue ingat demam biasa sebab sebelum nie dah bawa jumpa doktor kat Taiping,cuma di beri nasihat supaya banyakkan minum air,air 100 plus dan air kelapa.Harap selepas nie Kak Sue lebih berhati-hati dan peka terhadap kesihatan anak-anak.Ibu doakan Adik cepat sembuh seperti biasa..aamiin ya rabb!Jaga kesihatanan dan diri semua ya..papai!!

You Might Also Like

1 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.