Surah-Surah Amalan Harian

Assalamualaikum semua,dalam rutin harian kita pasti ada perkara atau perbuatan yang kita amalkan seharian.Sebagai umat islam selain ibada...

Assalamualaikum semua,dalam rutin harian kita pasti ada perkara atau perbuatan yang kita amalkan seharian.Sebagai umat islam selain ibadah wajib,pasti ada amalan yang sunat yang lain yang boleh kita amalkan.Hari nie Kak Sue nak kongsi surah-surah amalan harian yang boleh kita amalkan antaranya..

Surah Al-Kahfi
Daripada Ali a.s berkata "Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat,maka dia akan terhidar daripada segala fitnah sehingga lapah hari yang datang walaupun Dajjal keluar,dia akan terhidar daripadanya" Tafsir Ibn Kathir

Surah Al- Sajdah
Antara beberapa surah dalam Al-quran yang mengandungi ayat Sajdah iait ayat yang di sunatkan Sujud Tilawah bagi seseorang yang sedang membacanya,sama ada ketika solat atau tidak.
Terdapat beberapa hadis Rasullulah s.a.w yang menerangkan fadilat,faedah dan hikmah untuk meraka yang mengamalkan surah ini,baginda tidak akn tidur sebelum membaca surah ini dan surah Al-Mulk,melindungi kita daripada seksa kubur,mendapat pahala yang besar seperti pahalmereka yang tetap solatnya pada malam lailatul-qadar,mendapat hidayah ilmu yang yakin dan di kurniakan cahaya atau nur pada kita semasa ia mati...

Surah Yassin
Rasullulah s.a.w bersabda "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran itu ialah Yasin.Sesiapa yang mebaca surah Yasin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahal membaca Al-Quran sebanyak 10 kali..dan ada banyak lagi kelebihan sebenarnya bila kita menbaca surah Yasin nie..atas nie hanya salah satu khasiat yang Kak Sue kongsikan kat sini..

Surah Dhukan
Daripada Abi Hurairah a.s berkata,Nabi s.a.w telah bersabda "Sesiapa yang membaca surah Al-Dhukan pada waktu malam maka esoknya 70,000 malaikat akan minta ampun baginya"..

Surah Al-Rahman
Rasullulah s.a.w bersabda "Sesiapa yang membaca surah Al-Rahman,Allah akan menyaynagi kelemahannya dan meredhai nikmat yang dikurniakan padanya" Tafsir Nur Al-Thaqalain 5/187

Surah Al-Waqiah
Rasullulah s.a.w bersabda bermaksud "Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam,maka tidak akan menimpa kepadanya kepapaan.Dan surah Al-Waqiah ialah surah kaya,maka bacalah dan ajarkanlah kepada nak-anak kamu"

Surah Al-Mulk
Rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud "Sesiapa membaca surah Al-Mulk pada mana-mana malam,nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai peganti untuk bersoal jawab dengan Mungkar Nakir"

Sebenarnya semua surah nie Kak Sue dapat dari buku surah-surah amalan yang di hadiahkan oleh seorang kawan Kak Sue.Banyak faedah dan fadhilat yang boleh kita dapat dengan mengamalkan bacaan surah-surah nie.Terima kasih kepada kawan Kak Sue atas hadiah yang sangat bernilai dan menjadi kesayangan Kak Sue.Semoga kita semua terus istiqomah untuk menjadi lebih baik setiap hari..aamiin ya rabb!

You Might Also Like

1 ulasan

  1. salam ,

    hadiah yang mengalir pahala buat sipemberi dan penerima :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.