Sambal Tempoyak Udang Petai

By Kak Sue - May 27, 2016

Assalamualaikum semua,hari nie Kak Sue rajin nak masak pulak.Sebenarnya teringin tengok kawan di facebook kongsi menu Sambal Tempoyak Udang Petai semalam.Lagi pun lama dah Kak Sue tak masak atau cuba resepi baru.Resepi nie Kak Sue dapat dari Nurul Nadia,mudah dan cepat.Bahan pun semua ada tinggal nak beli barang basah aja sikit.Okaylah jom kita tengok resepinya ya

Sambal Tempoyak Udang Petai
Resepi Asal : Nurul Nadia

Bahan2nya:
1 kilo udang bersaiz sederhana
11/2 biji bawang besar *dikisar
3 biji bawang putih *dikisar
14 biji cili padi *dikisar - ikut korang nak pedas atau tak
1 mangkuk kecil tempoyak
1 mangkuk kecil santan
2 batang serai *diketuk
sedikit daun kunyit *dihiris halus
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam dan gula secukup rasa

Cara2nya:
Bersihkan udang,toskan dan ketepikan
Tumis bahan yang dikisar tadi sehingga layu dan naik bau
Masukkan tempoyak biarkan mendidih sekejap
Kemudian masukkan santan dan kacau sebati,masukkan serbuk kunyit kacau lagi
Masukkan daun kunyit yang siap dihiris tadi bersama serai,kacau lagi
Akhir sekali masukkan serai,udang dan petai biarkan mendidih
Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa
Boleh lah dihidangkan ketika panas...

Siap dah,resepi mudah dan cepat.Bolehlah kalau korang nak cuba untuk masak menu nie masa cuti sekolah nanti ya.Selamat memasak,papai!




  • Share:

You Might Also Like

3 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤