Nasib Peniaga Di Stadium Shah Alam

11:20:00 PM Kak Sue 8 Comments

Assalamualikum semua,selamat berhujung minggu.Hari ini ada perlawanan Piala Sultan Selangor.Maka di situlah mulanya peniaga kecil seperti kami ini untuk mencari rezeki.Kak Sue dan rata-rata kesemua peniaga memang agak kecewa dengan sistem dan pentadbiran Stadium Shah Alam sejak akhir-akhir nie yang semakin merosot.Terasa seperti dianiaya bila tiada pemantaun dari pihak stadium terhadap peniaga-peniaga 'ranbow'.Depan mata Kak Sue,peniaga-peniaga nie seludup barang masuk ke dalam stadium dan berniaga dengan bebas tanpa perlu mengeluarkan modal sewa tapak kiosk seperti kami...

Tambah menyedihkan dan menyakitkan hati makanan yang dilarang dijual didalam stadium,tapi dengan sewenangnya peniaga 'ranbow' nie berniaga tanpa rasa takut dan hormat pada kami peniaga kiosk dan pihak stadium.Kami menanggung kerugian akibat tindakan mereka dan tanpa ada pemantauan dari pihak stadium...huhuhu..sedih tau.Pada siapa kami nak mengadu..??Siapa yang sudi dengar keluhan hati kami nie??

Dalam kedaaan hujan,sempat juga Kak Sue tegur beberapa peniaga 'ranbow' yang tengah bersemangat seludup barang dibeberapa kawasan berpagar tanpa ada rasa bersalah sedikit pun,lagi mereka buat tak tau adalah..geram pun ada!!Apa daya Kak Sue nak menghalang mereka dah penat kita tegur tapi masih berterusan juga.Kak Sue hanya melihat aja lah mereka dari jauh dan berharap selepas ini ada tindakan dan penyelesaian dari pihak stadium dalam masalah peniaga 'ranbow' yang semakin berleluasa sekarang nie.Semoga luahan Kak sue mendapat perhatian dari pihak terbabit dan ada perubahan pada masa akan datang..



Anda Juga Mungkin Meminati

8 comments:

  1. sabar ye Kak Sue.. hope pasni terbuka skit mata pihak berkuasa stadium..

    ReplyDelete
  2. aduhhh... pihak pengurusan kena alert bende2 gini... kesian kat peniaga yg bayar sewa...

    ReplyDelete
  3. Tulah..semakin menjadi2 mereka nie..

    ReplyDelete
  4. sedih.....takder tindakkan dan pemantauan memang boleh membunuh mata pencarian peniaga yang jujur dan ikut undang2 yang ditetapkan...harap pihak berwajib ambik serius pekara ni....jangan sampai sultan murka ok

    ReplyDelete
  5. Hmm.. harap ada tindakan dr pihak sepatutnya.

    ReplyDelete
  6. Kenapa tak ada pemantauan dari pihak stadium? Tak patutlah camni, kesian kat peniaga yang jujur dan keluarkan modal banyak

    ReplyDelete
  7. kesian akak..diaorang mesti buat tak layan..kene ada pihak berkuasa baru diaorang takut

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.