Koleksi Buku Seram

May 16, 2016

Assalamualaikum semua,salah satu hobi Kak Sue memang suka membaca.Tak kira apa bahan bacaan janji cerita tu menarik untuk Kak Sue baca.Paling menjadi kesukaan kak Sue dari zaman remaja cerita seram,walaupun Kak sue nie penakut sebenarnya..ehehe..Sebelum nie Kak Sue dah ada koleksi buku cerita seram nie,tapi bila berpindah rumah entah kemana pula hilang buku-buku tu,sayang lah jugak kan,tapi anggap aja lah tak ada rezeki..Sekarang nie Kak Sue nak mulakan balik buat koleksi buku seram..

Untuk langkah pertama Kak Sue beli buku Tamar Jalis,Bercakap Dengan Jin memang Kak Sue suka baca cerita beliau.Kadang rasa macam kita pula berada kat dalam situasi cerita tu,tetiba aja meremang dan rasa takut.Lagi takut,lagi nak baca..lepas tu mulalah terbayang-bayang.Nak kemana semua nak berteman,ahhh sudah!ehehehe..itu yang Abang Man tak berapa berkenan tu..nak bergerak semua nak berteman!

Selain buku seram Tamar Jalis,Kak Sue tambah lagi koleksi baru Kak Sue dari Mata Tak Berhijab yang merupakan salah seorang geng KBBA jugak,saudara Zulkifli Ahmad Idrus.Untuk permulaan Kak Sue beli buku bertajuk Damping yang merupakan novel pertama beliau.Selepas nie Kak Sue akan tambah lagi koleksi buku seram Kak Sue sebagai bahan bacaan Kak sue ketika masa lapang.Kadang kalau asyik membaca memang boleh habis satu hari aja.Jom kita layan cita seram..jumpa lagi,papai!

You Might Also Like

1 ulasan

  1. saya pon suka membaca...lagi seram lagi best tapi novel biasa pon saya lauan je... :D

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.