D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat Shah Alam


Assalamualaikum semua,semalam Kak Sue berkesempatan ke D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat untuk preview buffet ramadhan yang akan menjelma tak lama lagi bersama dengan ahli KBBA9.D'kayangan Steamboat ini terletak di bangunan Acapella,Syeksen 13,Shah Alam.Kak Sue pertama kali kesini dan tak tahu pulak ada tempat makan yang menarik kawasan nie,pada hal selalu dok lalu lalang kat sini..ehehe..



Sempena bulan ramadhan nanti D'Kayangan menyediakan makanan yang berkonsepkan 3 dalam1 iaitu grill + Stimbot + BBQ secara buffet.Korang boleh pilih sama ada nak makan dalam restoran atau di luar restoran,cuma kat dalam restoran kawasan agak terhad sikit lah kalau nak selesa boleh makan kat luar ye..









Antara Menu skewer dan BBQ Istimewa ialah Ayam Skewer Berempah,Ayam Skewer Kunyit,Ayam Skewer Cilantro,Daging Skewer Hitam Manis,Sotong Skewer Pedas Cilantro,Sotong Skewer Berempah,Ikan Dory Skewer Brempah,Udang Skewer Cilantro Pepper,Kambing Skewer Hitam Manis,Otak-otak dan Pari Asam Nyonya.

Untuk steamboat pula,kita diberi pilihan antara sup ayam atau tomyam sebagai kuah rebusan.Kak Sue memang pengemar steamboat dan setiap kali kemana-mana steamboat pilihan Kak Sue kuah tomyam.Di sini ada pelbagai pilihan makanan laut,bebola,sayur-sayuran,aneka mee dan juga fucuk.Terdapat juga pelbagai pilihan sos yang dibuat sendiri oleh Chef Shahnizam dan yang paling Kak Sue suka ialah sos lada hitam..sedap dan kena dengan tekak Kak Sue..


Menu Istimewa kat sini pula ialah Kambing Panggang,ikut selera Kak Sue memang sedaplah kambing panggang nie lembut aja bila kita kunyah,makan pula dengan sos lada hitam memang ngamlah sangat kan.Selain dari itu menu sitimewa yang lain ialah Nasi Beriayni Gam,Ayam Kampung Goreng Berempah,Gulai Kawah Daging Cincang,Gulai Kawah Ayam,Sup Tulang dan Ikan Patin Masak Tempoyak.




Untuk desert pulak ada Bread & Butter Puding With Vanila Sauce,aneka kek,krim puff mini,round cake cut,brownies coklat,agar-agar dan juga aneka buah-buahan.Pelbagai jenis aiskrim,ABC dan juga minuman sejuk dan panas pun disediakan..

Pada korang yang berminat nak datang sini boleh booking awal untuk berbuka puasa nanti.Untuk info lanjut korang boleh tengok detail kat bawah nie ya..


D'Kayangan Grill & Barbeque SteamBoat

Harga
Dewasa - RM49.90+
Kanak-kanak - Rm24.00+ (5 hingga 11 tahun)

Facebook

Instagram

Alamat
No 1, Apartment Servis Sri Acapella
Jalan Lompat Tinggi 13/33,Seksyen 13
Shah Alam,Selangor

No Telefon
012 2971091 / 017 5076274
03 55234979

Post a Comment

0 Comments