Berkelah Makan-Makan Di Kampung 2

By Kak Sue - May 31, 2016

Assalamualaikum semua,minggu nie Kak Sue dan keluarga merancang nak balik kampung di Batu Kurau,Taiping,Perak.Sebelum nie minggu lepas balik kampung mertua,jadi minggu nie gilirang balik rumah Mak Kak Sue pula.Pagi lagi kami dah siapkan barang supaya senang nak cepat bergerak,risau pula takut jam kan...Alhamdullilah semua berjalan lancar Kak Sue sampai dekat nak zohor dah..jam sikit kat Simpang Pulai.
Macam biasa la kalau balik kampung Kak Sue,lauk pauk semuanya masak cara kampung dan penuh dengan ulam ulaman.Nasib baik Abang Man dan anak-anak jenis yang tak kisah..Menu wajib ada semestinya Laksa Batu Kurau,memang mewah makan kalau lepak kat kampung nie,lepas makan,makan lagi..!ehehee..Kebetulan pulak hari nie ada Pekan Selasa,pekan sehari yang menjual barang basah dan kering,tempat feveret Kak Sue tempat jual ulam ulaman.Kalau balik kampung,memang wajib datang sini..Jom kita tengok menu kat kampung Kak Sue pulak..









Haaa..tudia menu kami,memang selera sangat makan ramai-ramai.Alhamdullilah sempat balik kampung Kak Sue juga sebelum puasa.Bila berkumpul ramai-ramai macam nie memang seronok kan,walau sekejap pun jadilah..Korang tak balik kampung ka cuti nie..Jom balik kampung wei..hihihi!Jumpa lagi ya..papai!

  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤