Berkelah dan Makan - Makan Di Kampung

May 22, 2016

Assalamualaikum semua,salam hujung minggu.Seronoknya minggu nie Kak Sue dan keluarga berkesempatan berkelah di kampung mertua Kampung Tanjung Keramat,Perak.Sempat juga sebelum puasa balik makan berkelah dan menziarah keluarga mertua.Kalau fikirkan sibuk memang tak terkejarlah masa,untuk keluarga kena juga cari masa hokay.Yang paling seronok tentulah mak dan bapak bila dapat berkumpul makan berkelah bersama anak,menantu dan cucu tersayang...Sampai masa kita nanti,kita pun rasa yang sama begitu...
Pepagi dah plan nak masak apa,Abang Man suka menu yang simple dan lauk kampung.Jadi senang lah nak siapkan menu untuk makan berkelah hari nie.Keliling rumah mertua Kak Sue memang dipenuhi dengan pokok ulam-ulaman,main petik aja kalau nak makan..senang kan..Siap ada pondok untuk lepak-lepak sambil minum lagi..Jom tengok menu apa kali nie ..


Tempe dan Tauhu Goreng memang makanan wajib orang jawa,kulit cantik tau makan tempe jangan tak tau..ehehehe..

Masak Lemak Putih Pucuk ubi dan Pucuk paku..sedap nie kalau kena dengan ikan masin dan sambal macang..memang bertambah-tambah la makan..


Sup Ceker dalam bahasa melayunya Sup Kaki Ayam,kalau ikut resepi mertua Kak Sue kena goreng dulu kaki ayam separuh masak,baru masukkan dalam sup.Nanti korang cubalah buat macam tu..sedap tau!


Sayur Campur..sayur memang menu wajib bagi keluarga Kak Sue,sebab anak-anak Kak Sue memang suka sayur..

Sambal Macang..pertama kali kut Kak Sue buat sambal macang nie,kebetulan ada jiran sekampung sedekahkan,jadi kita buat sambal..sedapnyaa!!!
Buah-buahan jangan dilupakan setiap hari,tambah dengan cuaca panas sekarang nie kan..


Mangga Chukanan,semalam ada orang kampung datang jual ke rumah..makan lagi...ehehe..

Semalam kira hari makan-makan kami sekeluarga.Bila dah ramai-ramai memang seronok kan.Keluarga mertua Kak Sue memang kerap buat makan-makan bersama keluarga nie.Waktu macam nie lah kita dapat berkumpul dan bertanya tanya khabar.Sehingga berjumpa lagi entri makan-makan yang lain..jumpa lagi,papai!

You Might Also Like

2 ulasan

  1. sambal macang paling mengancam. terliur tengok =)

    ReplyDelete
  2. Nangisss pagi pagi tgk makanan sedap sedap. Dah lama tak makan pucuk ubi, sedapnyaaa

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.