Sesuaikah Cara Didikan Dengan Kekerasan..?

Assalamualaikum semua,hari nie Kak Sue rasa terpanggil pulak nak bersembang topik secara santai mengenai sesuaikah cara didikan dengan ke...

Assalamualaikum semua,hari nie Kak Sue rasa terpanggil pulak nak bersembang topik secara santai mengenai sesuaikah cara didikan dengan kekerasan?Kak Sue kadang bila tengok cara orang di sekeliling kita mendidik anak cara kekerasan memang tak berapa nak setuju lah.Baik dari segi kata-kata atau perbuatan,tak kira di sekolah atau di rumah. Didikan secara kekerasan boleh membuatkan anak-anak semakin degil dan memberontak.Bila dah sampai tahap memberontak tu yang kita susah sikit nak control..

Antara tidak boleh dalam mendidik anak-anak nie kan jangan pukul anak dari atas lutut,tidak boleh gunakan tangan atau anggota tubuh kita untuk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita.Sebab apa..nanti anak jadi bertambah degil dan nakal,tak boleh nak control.Sebaiknya rotan atau pukul anak di telapak kakinya sebab secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak anak-anak..Kadang bila dah marah dah sempat kan nak kawal diri kan..paham di situ,ehehe..

Sabda Rasullulah s.a.w "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun.Berseronok dengan mereka.bergurau atau usik asalkan hubungan rapat.Lepas tujuh tahun hingga 14 tahun kita didk dan ajar,kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)"Tak salah kalau kita nak pukul kalau anak kita dah melampui batas,tapi biarlah berpada-pada ya.Kak Sue sendiri memang jarang nak pukul anak-anak,cuma Kak Sue tegas dalam setiap keputusan.Jadi anak-anak dah faham,kalau Ibu kata tak boleh maknanya tak boleh,jangan pulak nak memandai-mandai..ehehe..Semoga kita semua terus bersabar dalam mendidik anak-anak kita untuk menjadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat..aamiin ya rab..




You Might Also Like

0 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤