Restoran WindMill Aeon Mall Shah Alam

April 20, 2016

Assalamualaikum,hari nie Kak Sue nak kongsi tempat makan-makan di Aeon Mall Shah Alam iaitu Restoran WindMill Seafood & Steakhouse.Restoran nie terletak betul-betul di pintu masuk Eon Mall.Kebetulan Kak Sue dan Abang Man ada delivery barang niaga hari nie,jadi singgal la sini kejap nak jalan-jalan cari makan..ehehe..


Restoran Windmill nie menyediakan masakan seafood dan pilihan makanan barat.Memandangkan Abang Man kurang minat dengan makanan barat jadi kami pilih makan seafood Thai Set untuk dua orang makan.Untuk tomyam ada pilihan tomyam biasa atau pottek,kami pilih pottek dan untuk Kakak pula,pasta Spageeti Olio..

Air minuman memang termasuk sekali dalam Thai Set tadi,satu Ice Lemon Tea,satu lagi lupa dah nama,air campuran buah dan santan boleh pilih nak antara dua air itu sahaja.Kakak order Kalamansi..air limau la apalagi,memang feveret Kakak..ehehe..

Tomyam Pottek,memang sedap cuma kurang pedas sikit.lain kali mintak extra pedas..siap ada api lagi.Kita boleh nak biarkan api kat situ atau nak suruhh depa ambik pun boleh..kang terbakar pulak meja ye..kahkahkah..

Menu yang ini Ayam macam masak black pepper,nama pun tak ingat sebab tengok set aja terus order.Sedap dan memang banyak tau dia punya portion tu,jenuh jugak nak menghabiskan..

Kerabu Mangga,termasuk sekali dalam set,memang kegemaran kami sekeluarga pun sedap dan banyak..boleh ratah-ratah lagi..

Akhir sekali dalam Set Thai,telur dadar.Kalau makan kat mana-mana kedai seafood memang order pun telur dadar,nie ada dalam set memang suka lahhh..


Kakak order pasta,Spagetti Olio..pun banyak tau jenuh Kakak nak habiskan.Siap berenti kejap sembang-sembang pastu sambung balik makan..ehehe..

WindMill nie bebetul terletak sebelah pintu masuk restoran.Ada meja kat depan windmill nie tak perasan pulak Kak Sue masa masuk,kalau tak lepak situ pun best.Boleh pilih nak lepak kat dalam atau kawasan luar memang agak luas la restoran nie.Selesa dan sesuai la kalau kita nak makan sambil sembang-sembang.Pada korang yang datang ke Aeon Mall Shah Alam,jangan lupa singgah sini tau berbaloi,menu pun sedap dan layanan yang sangat baik dan mesra.Jangan lupa singgah tau..papai!!

Restoran WindMill
Lot G-21,Ground Floor
Aeon Mall Shah Alam
40100 Shah Alam,Selangor

You Might Also Like

1 ulasan

  1. dah lama tak makan kerabu mangga...dapnyaa

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.