Resepi Soda Herb Yang Menyegarkan

April 18, 2016

Assalamualaikum semua,kali nie Kak Sue nak kongsi resepi yang Kak Sue jumpa di facebook.Resepi asal dari Ina Zainal.Sekarang nie kan tengah top sana sini orang dok minum air herba atau detox.Kak Sue tengok resepinya mudah dan sihat,jadi Kak Sue pun cuba buat masa balik kampung hari tu.Jom kita tengok bahan-bahan yang perlu kita sediakan.
resepi soda herb
Soda Herb Yang Menyegarkan

Resepi Soda Herb

Resepi Asal : Ina Zainal
Bahan2nya:
1 biji Lemon (Kak Sue guna 2 biji)
2 batang Serai
1 botol air Sprite
1 tin buah Laici ( Kak Sue guna buah mata kucing)
Sedikit daun pudina

Cara2nya:
Hiriskan lemon nipis-nipis,kemudian serai di ketuk
Relaikan daun pudina dari tangkai dan masukkan semua bahan tadi ke dalam jug.Kak Sue ketuk-ketuk sikit daun pudina tu,bagi keluarkan bau pudina.
Akhir sekali masukkan air batu dan buah laici dalam tin (Kak Sue masukkan sekali air jus laici)
Siap dah,mudah aja kan.

Senang aja kan,rasa segar aja lepas minum air herba nie,nanti lain kali Kak Sue nak cuba campuran buah dan bahan yang lain pulak.Jangan tak tahu,mak Kak Sue pun minum tau,Mak kata sedap cuma kurang manis.Mak nie memang suka minum manis,kuat manis,elok la minum air detoks selalu kan Mak..ehehe.Selamat mencuba,papai!



You Might Also Like

1 ulasan

  1. Terliur tengok..naseb tak tengok mase hari panas๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜…

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.