Peniaga Muda Berjiwa Kental

April 19, 2016

Assalamualaikum semua,Kak Sue nak berkongsi dan minta kawan-kawan dapat memberi sokongan kepada Adik Jimmy nie yang berniaga gerai tepi jalan Kelapa Laut MAN JAVA di syeksen 36,Shah Alam.Kalau ada lalu area sana,jemput datang singgah gerai beliau tepi jalan aja di Desa Latania katanya.Kak Sue dan Abang Man pun belum sempat melawat tempat meniaga Adik Jimmy.Harap sat hari dapat lah singgah sekejap tanda sokongan kepada beliau.

Adik Jimmy nie masih muda,tapi semangat niaganya kental.Pernah datang ambik stok ke Rawang naik motor aja,bawak stok dan buah banyak pulak tu,kita yang tengok pun risau.Memang jiwa kental betul,pulak tu murah dengan senyuman.Zaman sekarang payah nak jumpa budak muda yang tak malu bermula dari bawah dan berniaga di tepi jalan.Kak Sue dan Abang Man doakan semoga perniagaan Adik Jimmy terus berkembang maju,sentiasa di murahkan rezeki dan di mudahkan semua urusan.Pesan dari kami,jangan lupa Allah..pasti Allah tak lupakan kita...Semoga terus succes!!



You Might Also Like

2 ulasan

  1. ok..nanti Cheq As singgah..dekat je pun..berniaga hari-hari ke?

    ReplyDelete
  2. bagus muda-muda dah macam ni..cari duit kumpul dari sekarang

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.