Makan-Makan di Spice Of Penang

April 07, 2016

Assalamualaikum semua,kali nie Kak Sue nak kongsi minggu lepas jalan-jalan cari makan di Spice Of Penang cawangan Eon Anggun Rawang.Ini kali kedua Kak Sue singgah sini.Sebelum nie Kak Sue singgah masa restoran nie mula-mula buka kat sini.Apa yang Kak Sue suka deco kat sini simple dan tenang dengan di iringi lagu-lagu pilihan yang menarik halwa telinga mendengarnya..eceh..ehehe..


Restoran Spice Of Penang nie ada bermacam pilihan menu,dari pilihan menu masakan penang hingga lah ke makanan barat.Untuk hari nie Kak Sue,Abang Man dan Kakak memilih untuk order Nasi Goreng Kampung,Penang Mee Udang dan Nasi Ikan Pari Bakar.Minuman order yang biasa aja,cuma Kak Sue order air lain sikit hari nie Lemon Juice,sedap jugak tambah tengah musim panas nie kan..legaaa!


Pilihan air kali nie Lemon Juice,Sirap Cincau dan 100 plus
Abang Man pilih Nasi Ikan Pari Bakar,boleh tahan dan sayur pun banyak
Untuk Kak Sue pula,Penang Mee Udang..memang kena dengan tekak Kak Sue,sedap!
Pilihan Kakak Nasi Goreng Kampung,memang banyak portionnya jenuh Kakak nak habiskan..ehehe..
Untuk desert kami pilih Mango Snow,memang sedap.. pun banyak jugak siap boleh kongsi tiga orang lagi...ehehe..

Kak Sue berpuashati dengan makanan kat sini boleh kata sedap semuanya dan portion pun banyak.Restoran pun sesuai untuk kita nak berbual sambil makan tenang dan bersih.Pada korang yang nak datang sini boleh la singgah seperti alamat kat bawah sini ye.Selamat menjamu selera..

Spice Of Penang
Ground Floor,Eon Anggun Rawang Shopping Centre
48000,Rawang,Selangor,Malaysia

You Might Also Like

1 ulasan

  1. salam , seap nya tengok gambar makanan tu kak sue

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.