Kayu Sugi Hadiah Dari Abang

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi, yang tadi Kak Sue baru terima Kayu Sugi Hadiah Dari Abang. Tak sangka pula Abang belikan kayu sugi sebagai hadiah untuk Kak Sue dan Abang Man..

Kayu Sugi Hadiah Dari Abang
Kayu Sugi Hadiah Dari Abang

Kayu Sugi Hadiah Dari Abang

Sebenarnya walaupun kayu sugi hadiah dari Abang nie tak lah mahal macam hadiah yang lain tapi ianya sangat bermakna sangat untuk Kak Sue sebab ianya tanda ingatan anak-anak kepada kita kan..

Abang anak nombor dua Kak Sue nie memang seorang yang jiwanya penuh dengan kasih sayang  walaupun kadang ada juga terkeluar sikap yang menduga ibu dan abah nie tapi sebagai Ibu memang kita sentiasa mendoakan terbaik untuk anak-anak kita kan..

Bersugi nie sebenarnya hukumnya sunat berdasarkan sabda Rasullulah s.a.w yang bermaksud "Siwak itu membersihkan mulut dan mendapat keredhaan Allah" dan "Solat dengan siwak lebih baik daripada tujuh puluh solat tanpa siwak" riwayat Baihaqi dan Hakim daripada Aisyah r.ha.

Antara kelebihan bersugi pula, kita mendapat keredhaan Allah.  Dan membersih gigi, ludah dan mulut nie selain melindungi dari kerosakkan gigi, ia juga menguatkan gigi dan gusi, menghilangkan bau mulut, menambahkan selera makan dan akhir sekali mencerahkan mata tau korang. Bagus kan..

Dan alasan sesetengah orang yang bersugi nie ketinggalan zaman sangat tidak tepat. Ia bukan soal cara kita guna bahan lama, tapi manfaat pada bahan semulajadi itu sendiri iaitu estrak yang terdapat pada kayu sugi itu sendiri. Haa.. menarik kan, selain menjaga kebersihan dan kesihatan higi kita dapat pahala sunnah juga. Terima kasih sayang Ibu 🤍


Post a Comment

0 Comments