Jom Singgah D'Garden Coffee Yogurt Taman Tasik Taiping

Assalamualaikum semua,hari tu Kak Sue ada kongsikan kat sini coffee yogurt yang kat Shah Alam kan.Hari nie Kak Sue nak kongsi D'Garden Coffee Yogurt Taman Tasik Taiping pulak.Kebiasaan bila Kak Sue balik ke kampung dan kalau keluar bandar Taiping bersama keluarga,anak-anak mesti mintak singgah belikan D'Garden Coffee Yogurt.Rasanya memang sedap dan pekat..memang puashati..

Macam coffee yogurt lain jugak ada bermacam pilihan kat sini,tapi ada beberapa flavour yang Kak sue rasa menarik untuk di cuba lain kali seperti La'zzinda dan Caramel Machiatto..nama pun berbelit lidah nak baca,mesti sedap nie kan,ehehe...Dibuka setiap hari kecuali Isnin di FMS Selera Station bertempat di Taman Tasik Taiping.Selain di Taiping,D'Garden Coffee Yogurt dah berkembang kat tempat lain jugak nanti boleh lah korang merasa ya.Kita nantikan ajalah pengumuman kat tempat lain.Semoga terus succes ya D'Garden Coffee Yogurt..

Post a Comment

0 Comments