Anak Manja Ibu Demam..

April 27, 2016

Assalamualaikum semua,sekarang nie musim panas.Bukan panas biasa,membahang sampai boleh buat sakit kepala,selsema,batuk dan demam.Semalam Kak Sue dapat tahu Adik anak bongsu Kak Sue demam.Mula lah tak keruan hati Ibu kat sini..kalau boleh rasa nak terokam aja balik masa tu jugak..huhuhu..
Kak Sue sebenarnya tak pasti dah berapa hari Adik demam,sebab tak diberitahu oleh pihak sekolah.Nasib baiklah Adik Kak Sue datang hantar baju anak-anak,jadi Tok Pah mintak izin nak bawak balik cucu dia.Tak sampai hati katanya nak tengok cucu terbaring tanpa pengawasan seperti kat rumah..

Hari nie Tok Pah dan Acik bawa Adik ke klinik lagi,sebab semalam badan Adik  panas mendadak.Risau jugak kan kalau panas sangat,kut jadi sakit lain pulak nanti.Alhamdullilah Kak Sue sampai tepat pada waktu Adik nak buat pemeriksaan dengan doktor.Mengikut pemeriksaan doktor seperti yang di beritahu oleh Adik,Adik ada muntah di sekolah adalah di sebabkan badan terlalu panas.Cuma hari nie badan Adik dah tak berapa panas,tapi kurang air dan kata doktor 'dia sudah lembik"..sedihnya Ibu dengar..huhuhu.Doktor beri cuti sampai hari selasa dan di suruh banyak berehat juga minum air banyak.
Adik tak mau makan kata Tok Pah,bila nampak Ibu dan Abah baru mintak nak makan bubur.Lelaju Kak Sue pergi beli dan singgah rumah Tok Pah sekejap selesaikan beberapa perkara lagi kat sekolah mereka.Harap lepas nie pihak sekolah lebih peka terhadap kesihatan dan kebajikan pelajar-pelajar kat situ dan agak kecewa dengan pengurusan sekolah tu kali nie.Walau apa pun Ibu doakan Adik cepat sembuh dan sihat seperti biasa ya nak..aamiin ya rab!Lebiu sayang..

You Might Also Like

0 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.