Cukup Dua Minggu

Assalamualaikum semua,semalam cukup dua minggu Kak Sue menahan rindu pada Abang dan Adik,tak dapat berjumpa.Alhamdullilah walaupun kadang...

Assalamualaikum semua,semalam cukup dua minggu Kak Sue menahan rindu pada Abang dan Adik,tak dapat berjumpa.Alhamdullilah walaupun kadang persaan rindu datang tanpa di pinta tapi Kak Sue berjaya kawal dengan baik...(baik ka pun menangis sampai bengkak mata,sampai tertidur-tidur)kahkahkah!Selalunya cukup dua minggu,Kak Sue dah beria-ria ingatkan Abang Man untuk menjenguk anak-anak kami yang dua orang tu,tapi untuk kali nie kata Abang Man biarlah kita melawat sebulan sekali,agar tak menganggu pembelanjaran anak-anak kat sana..
Sebenarnya perit tau berpisah dengan anak-anak bila kita tak pernah berpisah sebelum ini.Kak Sue tak pernah tinggalkan anak-anak Kak Sue sebelum nie ke rumah mak sendiri atau rumah mertua.Tak kira lah musim cuti sekolah atau masa lain.Pernah sekali Kakak dan Abang beria nak tinggal kat rumah Tok Pah,tapi tak lama lepas tu dah telefon merengek nak balik ke rumah kami.Pulak tu rutin Kak Sue setiap malam sebelum tidur,mesti nak bagi good night kiss kat anak-anak,sekarang yang tinggal hanya bilik yang kosong dan sunyi.....ewah ayat syahdu gila kauuu!ehehehe..
Doa ibu pada anak-anak Ibu semoga sentiasa dalam lindungan,rahmat dan keberkatan Allah.Semoga ditenangkan,diterangkan hati juga di sembuhkan kerinduan kita sekeluarga.Ibu harap ana-anak ibu dapat bersabar sikit kali ini dan InsyaAllah ibu akan datang melawat nanti ya.Jaga diri dan selamat malam anak-anak ibu..lebiuu!


You Might Also Like

1 ulasan

  1. rutin yg sama, sebelum tidur mesti nak peluk cium anak anak. kalau saya ditempat kak sue pun konpem nangis rinduuu

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.