Coffee Molokek Syeksen 13

Assalamualaikum semua,sekarang nie cuaca panas sangat kan.Tekak asyik nak minum air aja kan.Hari nie Kak Sue ikut Abang Man hantar barang pada customer kami,sambil tunggu customer datang tekak pun kering rasanya.Kebetulan kami hantar barang ke Perhentian Bas Sementara di Seksyen 13,dekat dengan gerai-gerai di tepi jalan di kawasan Giant Shah Alam.Kalau ke sini,Kak Sue suka singgah beli air coffee yang tengah meletup sana sini sekarang nie,cuma setiap nama air coffee tersebut di beri jenama yang berlainan.Kak Sue suka singgah gerai Coffee Molokek sebab rasanya lain dari yang lain..

Kalau Kak Sue singgah ke sini,pilihan Kak Sue strawberry setiap masa..ehehe,sebab bagi tekak Kak Sue perasa strawberry yang paling sedap.Ada bermacam pilihan flavour kat sini,korang boleh pilih mana yang korang suka.Sebelum membuat order silalah beratur dulu ye,nanti orang marah,sebab kadang kat sini punya la ramai orang singgah beli.Dah siap order dan bayar tunggu aje nama order di panggil,lepas tu boleh lah korang nikmati Coffee Molokek yang memang sedap tak terhingga setakat nie di Seksyen 13..ehehe..Selamat mencubaaa..!

Post a Comment

0 Comments