Buku Pilihan Ibu dan Adik

March 05, 2016

Assalamualaikum semua,hari nie Kak Sue dan Abang Man bawak anak-anak keluar makan dan jalan-jalan di Eon Anggun berdekatan rumah Kak Sue.Sementara Adik belum balik asrama nie layankan lah apa yang Adik nak.Kebetulan hujung minggu dan ada yang dah dapat gaji kut,punya lah ramai manusia.Adik dah merengek nak menonton movie Boboiboy,tapi Kakak pulak tak nak layan movie gitu.Makanya kami pun jalan-jalan cari makan aja lah kat situ..sian Adik..huhuhu..

Dalam dok berjalan-jalan tu,Kak Sue rasa nak singgah ke kedai buku Popular.Ramai jugak orang dok shopping buku,rupanya ada jualan murah.Kebetulan tadi Adik sibuk nak buku Boboiboy boleh lah cari sekali.Sambil cari Kak Sue ternampak pulak satu buku yang menarik minat Kak Sue.Sound Direct tajuk buku tu,memang menarik isi di dalam.Tak pikir panjang dah jumpa buku untuk Adik dan Kak Sue juga beli beberapa alat tulis terus pergi kaunter dan bayar.Dapat diskaun lagi dan Kak Sue pun merupakan members kedai buku Popular,ada la kelebihan sikit kan..

Buku Boboiboy adalah buku komik adaptasi dari filem Boboiboy The Movie,jadilah Adik tak dapat tengok movie,dapat baca dari komik pun okay lah.Sementara buku Sound Direct pulak ada tazkirah-tazkirah panas dari Ustaz Abdullah Khairi.Dua buku ini menjadi pilihan ibu dan Adik untuk hari nie,tak sabar nak baca nanti.Tambah lagi koleksi buku-buku Adik dan Ibu,jom tanamkan minat membaca pada keluarga kita.Jumpa lagi,papai!


You Might Also Like

0 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.