Ais Kepal Mak Da

March 15, 2016

Assalamualaikum semua,sekarang nie cuaca memang panas mengila kan.Kak Sue kat rumah Mak Kak Sue kat kampung,siang malam memang panas,kadang sampai tak boleh tidur rasanya.Selalunya air kat rumah Mak memang sejuk gila,tapi kali nie tak rasa sejuk langsung...huhuhu..mandi macam tak mandi

Bila panas macam nie rasa nak minum aja lah kan.Jiran sebelah rumah Mak Kak Sue ada berniaga air dan makanan.Kadang petang boring tak kemana kami semua lepak la kat kedai Mak Da sekeluarga.Sambil makan laksa dan ais kepal.Lama betul tak minum ais kepal,dulu masa sekolah ja ada,letak dalam plastik atau kertas,sedap gila..

Ais kepal nie di buat dari ais batu yang di mesin atau disagat,kemudian di kepal-kepal mampat dan di siram air gula sirap dan susu di sekeliling ais tu.Cuma kat kedai Makda nie tak kepal pun terus masuk dalam mangkuk..janji sedap dan hilang dahagakan ehehe..Kak Sue ada terbaca ada satu restoran kat Ipoh ada di jual ais kepal nie,menarik jugak nanti bebila boleh singgah time balik kampung.Nanti kalau Kak Sue singgah sana,Kak Sue review kat sini hokay,papai semua..take care.

You Might Also Like

3 ulasan

  1. Sedapnya....sedap...sedap...

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak makan ais kepal. Zaman sekolah rendah sempat la makan

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.