Buka Smart Klamp

February 22, 2016

Assalamualaikum,hari nie ada temujanji buka Smart Klamp Adik.Sebelum ke klinik Adik di mintak berendam selama dua,tiga jam.Apalagi Adik awal-awal dah tak sabar nak berendam main air.Sambil buat kerja rumah Kak Sue pantau-pantau jugak Adik kat depan rumah,kang lain pulak di buatnya..


Siap tiga jam berendam terus bersiap nak ke klinik.Sampai di klinik Adik ke bilik air kemudian terus di panggil masuk ke bilik rawatan.Memula masuk senyap aja macam hari tu,tetiba dengar Adik menjerit cakap Ya allah,sakitnya!Sebaknya dengar anak Ibu merintih sakit,Ibu tak henti-henti doa semoga di kurangkan sakit Adik.Tak lama tu Abang Man dan Adik keluar,sekejap aja buat benda tu,Adik yang takut lebih..cehhh,buat Ibu risau aja Adik nie tau..hahahaha.Mungkin Adik rasa ngilu dan takut mak buka Smart Klamp tu,maklum lah dah seminggu,jadi bila nak buka dengan luka yang belum baik sepenuhnya,terasa sakit la sikit.macam gigit semut kata doktor..hihihi..Adik..Adik..
Pada yang nak khatan kan anak-anak,Kak Sue syorkan berkhatan cara Smart Klamp.Bagi Kak Sue mudah nak jaga dan anak pun selesa,nak pakai seluar pun boleh.Cuma kita kena ikut lah saranan doktor dan berpantang dengan betul.Kak Sue ada berbual dengan seorang makcik nie,katanya ada pengalaman dengar budak yang berkhatan yang datang nak bukak Klamp tu menjerit-jerit sebab mungkin tak di basahkan Smart Klamp tu dulu jadi susah nak tarik buka,mungkin lah kan.Alhamdullilah,selesai dah buka Smart Klamp Adik,balik tinggal jaga pantang sikit lagi untuk sembuh sepenuhnya.Dah besar anak Ibu,Ibu doakan semoga Adik cepat sembuh ya nak..aamiin ya rabb.. 


You Might Also Like

0 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.