Ayam Bakar Masala

Assalamualaikum semua,hari nie datang mood rajin nak masak.Lama betul Kak Sue tak cuba resepi baru.Resepi nie Kak Sue ternampak kawan kat...

Assalamualaikum semua,hari nie datang mood rajin nak masak.Lama betul Kak Sue tak cuba resepi baru.Resepi nie Kak Sue ternampak kawan kat facebook shared semalam.Rasa teringin pulak nak makan,jadi hari nie terus buat.Bahan-bahan pun ada yang tak cukup,tapi Kak Sue bantai je lah,janji siap!Kita yang buat dia kan..ehehe.Resepi nie katanya ala-ala ayam tandori.Jom kita tengok resepi Ayam Bakar Masala

Ayam Bakar Masala
Resepi Asal : Reynugha Anbarasu
Bahan2nya:
1 ekor Ayam (Kak Sue beli peha dan kepak aje)
4 ulas bawang putih dan 1 inchi halia (Kak Sue agak sendiri dari resepi asal 1tsb) *
1 tbs Garam Masala (Kak Sue tak letak,tak tau emende,cari tak jumpa) *
1 tbs Briyani Masala *
1 tbs Serbuk Cili *
2 tbs Plain Yogurt *
2 tbs Lemon Jus 
1 tbs Warna Tandori (Kak Sue tak letak,sama macam kes kat atas) *
1 tbs Minyak Zaitun (Kak Sue letak minyak jagung) *
1 tbs Gula *
Garam secukup rasa *

Cara2nya:
Cuci ayam dengan bersih dan toskan,ketepikan sebentar
Blender bawang putih dan halia
Gaul semua bahan bertanda *  dan kelar sikit ayam supaya segala rempah di serap sebati
Kemudia perapkan 48 jam atau nak cepat 6 jam simpan dalam peti ais (Kak Sue nak cepat tadi,sejam je,hambik kau..hahaha)
Kemudian bakar dalam oven selama lebih kurang 40 minit (Kak Sue pakai pemangang ajaib je)
Kaki ayam diikat gunakan daun pandan (Kak Sue beli peha dan kepak je tadi)
Dah siap boleh di hidangkan panas-panas

*Jika ayam nampak macam kering,mengikut empunya resepi waktu tengah masak atau ketika hampir masak buka oven boleh lah renjiskan jus atau kuah yang kat bawah ayam tu kat atas seluruh ayam,nanti juicy ayam kita lepas masak.Selamat mencuba semua,papai!


You Might Also Like

8 ulasan

  1. salam akak yana pon kalau masak resepi tu ada , try & error ikot cara kita sendiri jugak :)

    ReplyDelete
  2. nampak sedap betol ayam2 tu...

    ReplyDelete
  3. Allahu terima kasih atas perkongsian ^_^

    ReplyDelete
  4. shawal datang singgah + follow sini.. :)

    jemput join GA Shawal ^^

    http://akubukaninnocent.blogspot.my/2016/02/daebakfebruary.html

    ReplyDelete
  5. yammehhhhhhhh

    thanks kak sue.sebenarnya kite pon takde idea nak masak ape.
    ahahah leh gune resepi ni nanti sebab hasben suka naw naw ayam

    ReplyDelete
  6. sedapnya kak.. nak kena makan sebelum meletop ni. hehehehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.