Resepi Asam Pedas Batu Kurau

February 17, 2016

Assalamualaikum,hari nie Kak Sue nak kongsi resepi ringkas Asam Pedas Batu Kurau.Ada setengah tempat sebut asam rebus,tapi dalam keluarga Kak Sue kami panggil asam pedas aja, sebabkan Kak Sue asal dari Batu Kurau jadi Kak Sue letak lah nama Asam Pedas batu Kurau.Sekarang cuaca agak panas sikit kan,kadang tak selera nak makan.Buat menu gini baru selere sikit nak makan,hirup kuah sedap je..ehehehe..Jom kita tengok resepinya yang mudah dan ringkas..

asam pedas batu kurau
Asam Pedas Batu Kurau

Asam Pedas Batu Kurau

Bahan -bahan :
2 ekor Ikan Sardin
10 biji kacang bendi
11/2 biji bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
2 biji cili besar merah - dikisar
12 biji cili padi - dikisar
1 inci belacan - dikisar
2 batang serai - di ketuk
2 keping asam gelugur
2 biji bunga kantan - kalau tak ada pun tak pe
10 helai daun kesum
2 gelas air - atau ikut kesukaan korang lah nak banyak mana
1 kiub ayam knorr
Garam secukup rasa

Cara - cara :
Cuci ikan hingga bersih,tos dan ketepikan
Maukkan bahan kisar tadi kedalam periuk
Kemudian masukkan dua gelas air,serai dan asam keping dan didihkan
Kemudian masukkan ikan,kacang bendi,bunga kantan dan daun kesum
Masukkan kiub ayam knoor dan garam secukup rasa
Dah siap dah,mudah aje kan,selamat mencuba ye..papai!

You Might Also Like

1 ulasan

  1. perghhh..sedapnye...suke hirup kuah asam pedas gini...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.