Air Tangan Mak Terbaik!!

February 28, 2016

Assalamualaikum,hari nie Mak Kak Sue pepagi dah ke pasar.Setiap kali balik kampung Mak selalu sediakan makanan kegemaran Kak sue dan keluarga.Dari sarapan sampai ke minum petang ada aja nak buatnya..semua sedap-sedap belaka..

Menu air tangan Mak minggu nie memang semua kegemaran Kak Sue,sampai tak tau mana satu nak makan semua sedap-sedap belaka.Keluarga Kak Sue memang semua kaki ulam,kalau makan tak ada ulam dan sambal belacan memang tak sah.Jom kita tengok menu yang Mak Kak Sue masak,resepinya nanti bebila Kak Sue masukkan kat blog ye.Resepinya pun mudah dan ringkas aja

Sayur Pucuk Salang dan Betik Muda Tumis Air antara kegemaran Kak Sue.Ada yang ini dengan sambal belacan,ikan goreng garing cukup dah,bertambah Kak Sue makan...ehehe..

Kerabu Pucuk Betik,kalau makan yang ini pulak macam susah nak berenti.Lagi pahit dan pedas,lagi rasa nak makan.Kadang Kak Sue ratah-ratah aja makan..tau-atau habis sepiring..

Ini Sambal Terung Pipit Ikan Bilis,gaul dengan nasi dan ikan goreng sedap gila.Minggu nie banyak pulak Mak masak,dengan sayur,dengan ikannya..Kerabu Daun Selum Kak Sue terlupa nak snap gambar.Terima kasih Mak masak untuk kami sekeluarga,nanti masak sedap-sedap lagi na..sayang Mak!Doa orang setiap hari semoga Mak setiap dalam rahmat Allah,di beri kesihatan yang baik dan di mudahkan semua urusan Mak dunia,akhirat..aamiin ya rabb..

You Might Also Like

1 ulasan

  1. Sedapnyaa..air tangan mak memang terbaik

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.