Adik Melangkah ke Alam Dewasa

February 16, 2016

Assalamualaikum semua,hari nie Adik akan melangkah ke alam dewasa,ecey!Hari nie Adik nak berkhatan,Ibu yang dub,dab..dub dab nie dari semalam.Risaunya takut Adik menangis ke apa,Adik kan manja terlebih..huhuhu..Pepagi Abang Man dah suruh Adik berendam sejam kat kolam plastik yang kami beli khas untuk Adik berendam,ehehe..


Selepas sejam Adik berendam kami pun bersiap nak ke Klinik Dr Rosli di Batang Kali,Selangor.Kira dekat jugak lah kalau dari rumah Kak Sue nak ke sana ikut jalan belakang yang nak ke Kuala Selangor.Sampai di klinik dah agak ramai orang,Adik terus ke tandas nak buang air.Selesai semua Adik terus di panggil masuk ke dalam bilik rawatan.Senyap terus,apa pun tak dengar..risau pulak Ibu.Sekali tengok Abah dan Adik keluar dengan muka Adik berkerut dan tersenyum-senyum sama macam Abah.Alhamdullilah lega Ibu semua dah selamat dah..Adik tak nangis langsong hokay..good boy!Ehehehe..


Selesai ambik ubat dan buat temu jani untuk buka Smart Klamp,kami pun terus balik.Kami di beri panduan dan aturan supaya Adik cepat sembuh dengan baik.Adik perlu makan ubat paracetamol selepas satu jam dan setiap enam jam jika perlu.Mandi seperti biasa dan biarkan Smart Klamp tu terkena air.Dah siap mandi kena letakkan ubat cmc ointment di kawasan luka.Untuk mencuci air kencing,ambik picagari dan sedut air biasa dan semburkan melalui corong.Cuci sehingga bersih,takut wei nak buatnya.Abah aja lah yang buat..hahaha..
Selesai sudah urusan mengkhatan kan Adik secara Smart Klamp,semoga Adik cepat sembuh dan membesar sebagai anak yang soleh dan cemerlang dunia,akhirat..aamiin ya rabb..

You Might Also Like

3 ulasan

  1. alhamdulillah...moga cepat baik luka tu ya...pantang makan tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih..haah makan memang pantang.. :)

      Delete
  2. semoga dipermudahkan urusan adik nak sunat nanti tau...yeyyy lepas ni kena panggil abg tau...dah besar

    (Adik Qi lom sunat lagi hahhahahhaha)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.