Rutin Harian Dah Berubah

January 06, 2016

Assalamualaikum semua,sejak anak-anak teruna Kak Sue duduk kat asrama nie rutin harian kerja rumah Kak Sue pun berubah dah.Kalau tak setiap hari nak basuh baju sekolah depa nak kena sental dulu,baru masuk mesin basuh.Tau ja lah anak lelaki yang tengah membesar nie macam mana baju depa..comot!Sekarang nie nak basuh baju pun berapa helai je kat rumah nie.Kalau ada depa,kerja tukar baju je..
Sekarang nie tinggal Kakak aja kat rumah,tak ada la sunyi sangat kan.Kakak semua buat sendiri,boleh la Ibu rehat sikit.Cuma hari nie Ibu seharian mengemas bilik Abang dan Adik.Memacam nak di kemas,sampai ke malam baru siap semua.Rindunya Ibu pada Adik dan Abang Allah aja yang tahu..huhuhu..tengok bilik,baju dan barang depa mula la rindu..
Awal pagi Ibu tak ada nak buat apa sangat sebab separuh kerja dah siap malamnya.Nak masak,sekarang nie semua tengah tak berapa selera nak makan sangat.Kadang tu sehari sekali atau dah lapar sangat baru la makan.Tengahari Kakak balik dari sekolah,lepas mandi dan solat temankan Kakak buat homework sampai tertidur-tidur Ibu.Kakak pun nak kena bagi perhatian tahun nie Kakak nak ambil exam SPM
Sebelah malam yang tak berapa nak tahan,selalu kalau Kak Sue tak up date blog,lepak-lepak aja lah dengan Kakak.Kadang petang tu kalau ada delivery Kelapa Laut Kak Sue follow la Abang Man.Dah tak terkejar-kejar dah kalau ada delivery atau urusan ke KL sebab selalunya kalau ada Abang dan Adik nak kena jemput depa balik sekolah.Kena budget time tu sampai sebelum atau ngam-ngam depa keluar sekolah..
Kak Sue cuba nak sesuaikan diri dengan rutin harian Kak Sue yang dah berubah nie.Cuba memenuhi masa yang terluang untuk benda yang bermafaat untuk Kak Sue dan keluarga untuk kehidupan di dunia dan akhirat..

You Might Also Like

4 ulasan

  1. I nak rutin berubah jugak..... Serius penat!!! Nak ngamuk je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar youuuu..nanti kalau anak-anak pergi asarama rehat lah..ehehe

      Delete
  2. Kak Sue, jemput join GA Dayana, menang Turkish Delight from Istanbul.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.