Malam Pertama..Rindu!

January 04, 2016

Assalamualaikum semua.Malam nie malam pertama Kak Sue tidur tanpa anak-anak teruna Kak Sue di rumah,sunyi betul rasanya..rindu!Nasib lah ada anak dara sorang tu pengubat sunyi dan rindu.Hari nie kami sekeluarga nak makan pun tak berapa nak ada selera..Dari siang tadi,terasa betul sunyinya..Semua serba tak kena rasanya..

Agaknya macam nie la rasa ibu bapa yang lain bila anak-anak duduk berjauhan kan.Lambat laun kita pasti akan merasainya.Kalau pun anak tak duduk asrama,bila dah ada keluarga sendiri nanti,pun akan tinggal berjauhan dengan kita ibu bapa mereka bagi mencorak kehidupan mereka sendiri.Abang Man selalu pesan sentiasa bersedia dan berlapang dada,satu hari nanti anak-anak pasti akan berjauhan jugak dengan kita

Apapun Kak Sue bersyukur bila dengar anak-anak teruna kat sana dah boleh sesuaikan diri.Leganya hati Ibu nak..Tak ada apa yang mengembirakan hati Ibu bila tahu anak-anaknya dalam keadaan yang baik.Ibu doakan Abang dan Adik,mahupun Kakak sentiasa di lindungi dalam rahmat kasih Allah,dan seperti selalu kasih sayang,redha dan doa Ibu dan Abah tak putus setiap saat..Selamat malam wahai anak-anak Ibu tersayang..


You Might Also Like

10 ulasan

  1. Seronoknya anak2 kak Sue dah besar.
    Semoga mereka menjadi anak2 soleh/solehah yang sentiasa dalam rahmat Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah,tu la dah besar dah pandai urus diri sendiri..
      aamiin,doa yang sama untuk Ros jugak ya..terima kasih :)

      Delete
  2. Kalau Lissa, adik-adik takda di rumah pun rasa kosong.. apalagi akak kan.. hee. sabar ya kak.. Rindu tu kan pengikat kasih :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Lisa,kalau anak-anak kemana-mana sekejap pun dah rindu..inikan pulak berpsah lama gini,tapi tak apa lah..berpisah untuk yang lebih baik... :)

      Delete
  3. Amin....in sha Allah akak boleh...anak anak pun ok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah,dengar anak-anak okay,Ibu pun lega sikit.. :)

      Delete
  4. bisalar tue mak..
    hehehe..
    kalau tak hantar asrama rasaya lagi risau.
    takut nanti dh besar diorg xleh berdikari.
    better hantar sekarang :)
    sy 5 tahun asrama:)
    bnyak pngalaman bila duk asrama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu nakkk.. #ehhh ;)ehehe..

      Hari2 merindu shark..huhuhu..

      Delete
  5. si kembar balik kg 2 minggu hari tu pun saya dah trasa sunyi sgt kak, tak dpt bayang bila depa masuk asrama macam anak anak kak sue. hmm bila anak anak ada, kadang pening kepala hingaq bingaq. tp bila depa tak dak, mati kutu...bukak pintu bilik...tgk katil depa...pastu lap ayaq mata kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu..Nani,hari nie seharian kemas bilik depa..

      Delete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.