Karnival Masjid Nurul Iman,Rawang

January 02, 2016

Assalamualaikum semua,bermula hari khamis hari tu sampai la hari nie Kak Sue berniaga di Karnival Masjid Nurul Iman,Rawang.Setiap tahun memang Kak Sue akan join karnival nie dan rasanya dah nak masuk lima atau enam tahun dah Kak Sue join event nie
Macam yang Kak Sue bagi tau kat entri sebelum nie Kak Sue memang suka niaga kat sini.Kita dapat dengar kuliah agama,boleh solat jemaah di masjid dan anak-anak dapat menyertai aktiviti sihat yang di sediakan oleh pihak masjid yang menarik setiap tahun
Tahun nie bagi Kak Sue agak menarik kerana ada jemputan penceramah terkenal Ustaz Kazim Ellias yang memang dah lama Kak Sue minat.Kuliah ustaz Kazim bersahaja,penuh dengan lawak jenaka menarik ramai orang nak datang dengar kuliah beliau.Penuh padat la masjid hari tu,seronok sangat,dua jam lebih kuliah agama rasa macam sekejap sangat..
Kak Sue harap tahun depan Kak Sue berpeluang lagi join berniaga kat sini.Semoga apa yang di harapkan oleh pihak masjid untuk meramaikan masjid tercapai walaupun karnival dah habis pada hari ini.Semoga kita semua mendapat menafaat dalam berniaga dan menghadiri karnival masjid tahun nie..aamiin!

You Might Also Like

2 ulasan

  1. kak sue sedapnya tgk air kelapa laut tu....

    ReplyDelete
  2. Sehari berapa kalau meniaga kt masjid kak? Saya pun meniaga gak.. kalau ada program boleh inform saya

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.