D'Manggis Steamboat & BBQ Cafe

January 29, 2016

Assalamualaikum semua,hari nie Kak Sue nak kongsikan D'Manggis Steamboat & BBQ Cafe Kuang.Sebelum nie Kak Sue dengar dan baca ja orang kongsikan cafe nie.Satu hari masa cuti sekolah yang lepas Abang Man pelawa Kak Sue dan anak-anak makan kat situ.Family Kak Sue memang suka steamboat dan seafood,memang sesuai sangat lah.Tempatnya pun sebenarnya tak jauh sangat dari rumah Kak Sue.Lagi satu kan Kak Sue suka suasana tempat nie,senang nak cari dan parking sebab tepi jalan je pastu cafe nie semua dari kayu..cantik kan..


D'Manggis Steamboat & BBQ Cafe Sungai Buluh

Masuk je ke dalam cafe sebelah kiri kita ada dua stall.Stall nie depa letak rojak dan makanan ringan.Ada tiga,empat pilihan makanan ringan untuk anak-anak,jadi kalau anak-anak tak nak makan stemboat boleh la bagi depa makan nie.Cantik kan deko camni,Kak Sue sukaaa..!



Hujung sekali,nah dia.. satu sampan dia punya bahan.Memang banyak tau pilihan bahan yang di sediakan.Bermacam pilihan seafood dan sayur,ada daging dan ayam jugak.Pada yang rasa nak makan mee ke,nasi goreng ke pun ada.Sos dia pun ada banyak jenis,sorry tak ambik gambar pulak sos dia,next time okay..ehehe..Sos dia ada black pepper,thai sos dan beberapa lagi sos..

Family Kak Sue pilih kuah tomyam,boleh tahan sedap kuah dia.Apalagi masukkan lah segala udang,ketam dan sayur.Memang penuh meja dengan sayur sebab kami memang suka sayur,daging kami bakar ja,lepas tu cicah dengan sos black pepper balut dengan salad,ala-ala korea gitu..ehehe..tapi gambar tak ada.Tangan dah comot-comot sebab tengah sedap menikmati steamboat,sampai asyik lupa nak ambik gambar..

Dah siap makan,kalau rasa boleh nak makan lagi boleh la rasa rojak pulak.Rojak boleh tahan jugak,cuma kuah dia tu ceroi sikit la pada selera Kak Sue..

Kalau tak mau makan rojak atau makanan ringan lain boleh la ambik buah-buahan.Ada buah limau dan tembikai.Dekat sini yang Kak Sue suka,makanan yang ada kat sini sentiasa di top up,jadi tak timbul la isu makanan yang kita nak tu tetiba tak ada ke habis ke..memang puashati sangat.Kak Sue sebenarnya dah dua kali datang sini tau.Memang Kak Sue rekemen korang datang sini kalau nak makan steamboat atau BBQ.Berbaloi dengan duit yang kita bayar,dewasa rm26 dan kanak-kanak rm16 murah je kan..

Selain dari itu Kak Sue nak kongsi kemudahan kat sini,mereka sediakan empat ruang makan,ada dewan VIP berhawa dingin,dewan bankuasi,laman santai dan seksyen steamboat.Untuk yang muslim jangan risau kat sini di sediakan surau dan kemudahan wifi juga.Dmanggis Cafe juga menerima tempahan tau untuk sebarang majlis,seminar,mesyurat dan sebagainya.Jangan lupa singgah sini tau,papai!!
Alamat
D'manggis Cafe
254 Batu 17,Kampung Cempedak,Lorong Manggis,
Kuang,48050 Rawang,Selangor D.E
Tel : 603 6038 6844 / 019 233 1973

You Might Also Like

5 ulasan

  1. Terima kasih kak su kongsi info...in sha Allah boleh cuba ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama,cuba tau nanti.. :)

      Delete
  2. salam kak steamboat ngan rojak tu sedap nya!

    ReplyDelete
  3. Highly recommended..
    Yaya pon pnh mkn sini..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.