Bahagia Itu Kita Yang Rasa

Assalamualaikum,hari nie last day nak melayan kerenah dan permintaan Adik dan Abang.Pagi-pagi lagi Adik dah bangun kejut semua orang sola...

Assalamualaikum,hari nie last day nak melayan kerenah dan permintaan Adik dan Abang.Pagi-pagi lagi Adik dah bangun kejut semua orang solat subuh dan pagi-pagi jugak kami sekelurga keluar ke pekan Taiping nak beli bahan masakan  permintaan Adik dan Abang.Sebolehnya sebelum Kak Sue balik ke Rawang,Kak Sue nak penuhi apa yang Adik dan Abang mintak,rasa lega dan puashati sangat dapat buat macam tu..


Berjumpa Adik dan Abang selepas dua minggu,Kak Sue,Abang Man dan Kakak terkejut tengok perubahan depa.Lain sikit,cara percakapan dan tingkahlaku depa.Nampak lebih matang,bertanggungjawab,bertolak ansur dan saling mengambil berat.Abang Man tak henti tersenyum tengok gelagat Abang dan Adik,nampak bahagia betul..ehehe..
Kami sebagai Ibu dan Abah,merasa sangat bersyukur kepada Allah,perubahan pada diri Adik dan Abang begitu cepat sekali,dan berharap depa istiqomah dalam setiap perbuatan depa.Melihat Abang menjadi imam kepada Adik,Kak Sue dan Abang Man tersenyum bangga.Bila kita tengok anak-anak kita begitu,kita tak mintak lebih dah dari yang lain.Ibu doakan anak-anak Ibu sentiasa istiqomah dan menjadi insan yang lebih baik setiap hari.Semoga anak-anak Ibu menjadi anak-anak yang soleh dan solehah dunia,akhirat..aamiin ya rab..

You Might Also Like

0 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.