Alhamdullilah Untuk Hari Ini

Assalamualaikum,hari nie Kak Sue berkesempatan berjumpa dengan buah hati Kak Sue yang dua orang tu,Abang dan Adik kat asrama depa.Berdeba...

Assalamualaikum,hari nie Kak Sue berkesempatan berjumpa dengan buah hati Kak Sue yang dua orang tu,Abang dan Adik kat asrama depa.Berdebar-debar jantung,macam pertama kali nak tengok Adik dan Abang lahir ke dunia..eceh,hahaha.Sampai ja kat asrama hanya ada Abang,Adik tengah mandi.Maka berpelukan la kami anak beranak,siap ja mandi giliran Adik pulak menerkam Ibu,rindu sangat-sangat Ibu kata Adik..Allah,sebak hati Ibu..kalau lah Adik tau betapa rindunya Ibu pada Adik sama macam jugak macam Adik rindu pada Ibu..huhuhuuu..
Pada waktu ini semua tumpuan hanya pada anak-anak,segala telefon dan sewaktu dengannya Ibu tak hirau lagi.Tangan Adik,Ibu gengam erat sambil Adik dan Abang bercerita pengalaman masing-masing.Nampaknya depa dah mula selesa dan seronok berada di asrama.Ibu dan Abah sangat bersyukur dan bahagia nak..Semoga Allah sentiasa mengubati rindu di hati anak-anak Ibu,di tenangkan dan di terangkan hati.Sentiasa di lindungkan segala niat buruk orang lain dan di lindungi dari segala mala petaka.Malam ini Ibu tidur dalam keadaan yang sangat bahagia...Alhamdullilah untuk hari ini Ya Allah..

You Might Also Like

0 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.