Aktiviti Hujung Minngu

Assalamualaikum semua,sejak dua menjak aktiviti hujung minggu Kak Sue ialah balik kampung melawat Adik dan Abang.Kebetulan Abang Man ada kerja,jadi Kak Sue balik dengan Kakak aja lah naik tren.Mungkin lepas Adik dan Abang semakin selesa,Kak Sue akan kurangkan sikit melawat depa dengan kerap.Maklumlah naluri Ibu memang sentiasa risaukan anak-anak,makan minum lah,kesihatan lah..tak senang duduk di buatnya..


Minggu nie Kak Sue tengok,Adik dan Abang makin selesa.Kira kalau tak outing pun tak kisah dah.Waktu Kak Sue mintak kebenaran ustaz tu,memula ustaz kata anak-anak tak ada cuti walau public holiday sebab anak bersekolah aliran agama kan.Agaknya tengok raut wajah Kak Sue yang mengharap,ustaz jadi lembut hati,ustaz pun benarkan terima kasih ya ustaz :)


Pagi Kak Sue datang nak jemput Adik dan Abang,sekali dua-dua tak nak outing atau balik rumah Tok Pah.Abang memang tak mau dari minggu lepas,katanya sayang nak tinggal kelas hafazan.Adik pulak kata Ibu ambik tengahari boleh tak Ibu,ada la yang sayang nak tinggal tu.Alhamdullilah,lega tengok anak-anak dah selesa kat sana.Buat masa sekarang aktiviti memanah,berenang dan berkuda belum mula lagi,anak-anak di benarkan main bola dan aktiviti bebas,sekurang-kurangnya tak ada la bosan sangat kan.Ibu doakan semoga anak-anak Ibu sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah,aamiin!Nanti Ibu datang lagi ya..

1 comment

  1. alhamdulillah...nampak yg diorang seronok kat sana ^_^

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤