Kan Dah Kena Tegur..!

December 16, 2015

Assalamualaikum,selamat malam semua.Hari nie Kak Sue nak kongsi mimpi Abang anak nombor dua Kak Sue.Semalam Abang dan Adik berebut nak tidur atas riba Kak Sue,Abang tidur lena tapi tak sampai 10 minit tidur badan Abang tersentak-sentak.Ingat Abang main-main je,sebab Abang memang suka menyakat.Sekali bila Kak Sue tengok bebetul rupanya memang Abang tidur.Mimpi apa entah.Sejak dua menjak nie Abang macam takut-takut je kalau tinggal sensorang..

Ada satu malam tu,tetiba Abang turun dari atas terus lepak kat tangga dan termenung.Muka macam panik ada,macam risau pun ada.Pelik pulak tetiba bangun tetengah malam buta.Kebetulan Kak Sue dan Abang Man belum tidur lagi,Kak Sue pun tanyalah Abang kenapa dengan Abang nie.Kata Abang,Abang mimpi benda takutlah Ibu,Abang mimpi ada benda bertanduk cakap dengan Abang,benda tu kata Abang tak boleh balik kena tinggal dengan benda tu selama empat hari.ahhh..sudah,buat pulak Abang nie..

Sebenarnya kan,sebelum nie Abang pernah demam.Badan panas gila,tapi Abang mengigil sejuk sampai bergoyang-goyang badan.Yang pelik,demam malam je,lepas subuh terus elok macam biasa.Cuma Abang kurang bercakap dan makan,mata pun merah je.Kak Sue pun tak ada syak apa-apa,cuma ingat demam biasa je lah

Kebetulan masa tu,kami nak balik kampung Teluk Intan,kat kampung pun Abang asyik tidur aje sepanjang hari,badan tak panas dah.Makan tak nak,apa pun tak nak.Sampai la kami nak ke Taiping kampung Kak Sue pulak.Bila kat sana Mak Kak Sue tegur,kenapa tak baik-baik lagi demam,pergi klinik pun sudah,jom la ikhtiar berubat cara kampung pulak

Bila berubat kampung memula tu tak ada apa,nenek tu baca doa dari ayat Al-Quran macam biasa,tapi tetiba nenek tu jadi macam tak ingat pulak.Tetiba cakap siam kau,terkejut Kak Sue!Rupanya Abang 'tertegur'..ada benda menumpang kat badan Abang katanya.Itulah suka sangat merayau merata,tak kira masa!!

Sebenarnya,secara tak langsung Allah nak tegur kita.Tegur Abang supaya jangan susahkan hati Ibu dan Abah asyik dok merayap merata ikut kenkawan tak ikut masa.Teguran untuk Ibu dan Abah pulak,sentiasa ambik tahu perkembangan anak tu nak kemana,dengan siapa dia berkawan,tu yang sebenarnya..kan..kan..kan dah kena tegur!!Hambik nak sangat..


You Might Also Like

2 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.