Gaji Pertama Abang..!

December 18, 2015

Assalamualaikum,rasa dah sebulan lebih Abang tolong Abang Man meniaga kat pasar malam.Selalu tolong kat gerai burger je,tapi sekarang nie tiap rabu dah nak tolong Abah meniaga,Alhamdullilah.Lagi pun cuti sekolah tak ada buat apa,dari merayau dengan kawan-kawan atau main game kat rumah,baik tolong Abah,dapat jugak gaji..haaa,anak sendiri pun bayar gaji tau jangan tak tau..ehehe..
Sebenarnya Kak Sue dan Abang Man sengaja nak ajar anak-anak kami supaya pandai berdikari dan menghargai.Jangan semua nak harap pada orang tua atau orang lain.Kalau nak kan sesuatu barang tu,kami suka anak tu kumpul duit sendiri,dari duit belanja sekolah atau dari hasil depa tolong kami niaga tu kadang-kadang.Kalau tak cukup ke apa kami akan tambah la,janji ada sikap nak menabung dan berjimat.Bila barang atas usaha sendiri,anak-anak lebih menghargai barang mereka kan..
Semalam Kak Sue dan Abang Man dah janji dengan Abang,kalau cukup gaji boleh la Abang nak handphone baru.Duit gaji pertama tolong Abah dah cukup,cuma nak top up sikit ja.Tengok muka Abang ceria ja,seronok la tu dapat apa yang di impikan.Kak Sue bukanlah nak manjakan anak-anak dengan gadjet tapi kadang handphone nie dah merupakan keperluan dah sekarang nie.Cuma pepandai kita la nak pantau nak-anak tu kan..Jangan la sampai benda-benda tu semua merosakkan anak kita.Semoga kita sentiasa memantau anak-anak kita agar kita tak menyesal di kemudian hari..

You Might Also Like

2 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.