Sambutan Hari Jadi Adik Di Restoran Vivo Pizza

November 13, 2015

Assalamualaikum semua.Pada tahun 2006 sehari selepas hari jadi Kak Sue,Allah telah menghadiahkan kan Kak Sue hadiah yang amat istimewa iaitu Mohd Syazwan Faris anak bongsu Kak Sue dengan panggilan manjanya,Adik.Tak ada hadiah yang lebih istimewa selain dari kelahiran Adik.Hari nie dah 9 tahun berlalu,tapi macam masih segar lagi ingatan hari kelahiran Adik tu..istimewa sangat!Sanah Helwah Sayang..!


Hari nie kami sekeluarga keluar ke Eon Anggun,Rawang yang terletak berhampiran dengan rumah Kak Sue dan masih belum ada idea nak makan kat restoran mana bersempena sambutan hari jadi Adik.Kak Sue biarkan Adik buat pilihan nak makan kat mana hari nie dan Adik memilih nak makan-makan di Restoran Vivo Pizza.Ini merupakan kali kedua kami makan kat sini dan merupakan tempat yang selalu Kak Sue singgah bila datang shoping,jenjalan atau makan-makan kat Eon Anngun nie sebab nak tapau Mango Moose Cake kegemaran Kak Sue kat sini.Sedap tau,sekali rasa pasti nak lagi dan lagi dan lagi..ehehe...
Kat sini seperti tempat lain ada pilihan minuman panas,sejuk dan pilihan float,tadi Kak Sue order Mango Delight Cream antara pilihan free minuman apabila kita mendaftar sebagai ahli Club Vivo,boleh tahan dan tak manis sangat,so tak muak la kan..


Makanan pula,Kak Sue dan Abang Man order Oriental Chicken Pizza,cukup untuk makan tiga orang sebenarnya,mediaum size kut..kenyang sangat..


Kakak hari nie order Cheesy Spagetti,peminat cheese la katakan..boleh tahan kata Kakak..ehehe


Abang pulak,order feveret food  Abang la spagetti,dan kali nie Abang order Spagetti Beef Bolognaise

Birthday Boy,Adik pun macam biasa feveret food pun spagetti,Adik order Seafood Spagetti Aglio,sedap tau..!Next time boleh order lagi yang nie..Kak Sue suka sangat!


Chocolate Mousse Cake,free Birthday Cake juga apabila kita mendaftar ahli Club Vivo



Ice cream untuk desert!Free item bila kita belanja lebih dari RM100 dalam satu resit dan free 1 Blueberry Pizza.Kak Sue tapau ja pizza tu dah kenyang sangat.Banyak kan kelebihan mendaftar sebagai ahli Club Vivo nie..

Taraaa..nie kad ahli Club Vivo,senang je kita daftar sendiri kat online dapat kad terus jadi ahli dan dapat menikmati kelebihan menjadi ahli serta merta,menarik kan?Jangan lupa daftar nanti tau...
Terima kasih Kak Sue ucapkan kepada kawan-kawan dan keluarga yang wish birthday Adik hari nie,seronok betul Adik.Kita sebagai ibubapa nie rasa seronok dan puashati la kan dapat mengembirakan hati anak-anak.Siap suruh kami semua nyanyi-nyanyi lagi tadi birthday song,ehehe.Ibu doakan semoga Adik terus menjadi anak yang sangat menyenangkan pada seluruh ahli keluarga,menjadi anak yang soleh,di berikan kesihatan yang baik,murah rezeki dan cemerlang dunia dan akhirat,love you till Jannah sayang,muahh!


You Might Also Like

6 ulasan

  1. Emmmm..menarik chocolate cake tu..yummmy

    ReplyDelete
  2. sanah helwah adik, moga jadi anak soleh pada ibuayah okey.

    ReplyDelete
  3. makanan tu kak nampak sedap pulak pepegi ni

    ReplyDelete
  4. nampak sedap dan lembut jer kek tu...Selamat Hari Lahir Buat Birtday Boy...semoga sentiasa dalam rahmat Nya

    ReplyDelete
  5. Waaa... nape tak potong kek besar sesama? dah g makan aritu kat sini. X mau repeat. hehehehe

    ReplyDelete
  6. wah.. sedapnyaa smua makanan tu.. hepy besday buat adik!. :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.