Resepi Bubur Asyura

Assalamualaikum, hai semua. Hari nie Kak Sue nak kongsi Resepi Bubur Asyura yang dikongsi oleh makcik Kak Sue hari tu. Resepi Bubur Asyura nie turun temurun dan antara makanan kegemaran Kak Sue. Tetiba teringin pula nak makan, jadi hari nie Kak Sue buat la sikit bergotong royong Kak Sue sekeluarga pagi tadi..

Resepi Bubur Asyura
Resepi Bubur Asyura

Resepi Bubur Asyura Opah

Sebenarnya resepi bubur Asyura nie ringkas dan mudah ja korang. Cuma nak mengacau sampai dua jam tu yang orang tak tahan tu, mau tergeliat belakang kalau sensorang kan.. hehehe.. tapi kalau bergotong royong seronok tau. Dulu kat kampung Kak Sue kalau nak masak bubur asyura nie, pakat la ramai-ramai dengan jiran gotong royong buat sama-sama. Sekarang tak tau la masih macam tu atau dah memasing buat kat rumah dengan anak-anak ja kan. Maklumlah zaman dah berubah. Okay lah tak nak sembang panjang lagi, jom kita tengok resepinya jom..

Bubur Asyura

Resepi Asal : Opah Kak Sue

Bahan-bahan : 
1 paket tepung beras
5 batang serai *
1 inci halia *
2 inci halia *
2 inci lengkuas *
5 helai daun pandan*
1 kg gula putih
1 tin jagung
1 biji kelapa (di ambil santannya)
2 jug air kosong
Sedikit kacang hijau (rebus separuh masak)
Sedikit kacang tanah (goreng tanpa minyak)
Sedikit garam

Cara-cara :
Ayak tepung beras, ketepikan
Kisar semua bahan bertanda * dengan satu cawan air sehingga halus dan tapis
Bancuh tepung dengan bahan yang ditapis tadi bersama satu jug air
Kemudiab masukkan ke dalam kuali dan masak denhgan api sederhana
Bancuhan tepung tu kena kacau sentiasa tau, kalau nampak pekat dan nak berketul masukkan lagi air satu jug
Kacau sehingga dalam satu jam, nampak macam tepung dah masak
Masukkan santan, kacang hijau, kacang tanah dan jagung tadi
Bila bancuhan tadi nampak pekat dan berkilat tandanya dah masak. Pastikan adunan betul-betul masak tau, kira dalam dua jam juga lah kena kacau tu ya
Kemudian boleh lah pindahkan adunan tadi dalam loyang atau talam
Biarkan sejuk sekejap nanti boleh lah dipotong dan dihidangkan

4 comments

  1. heee, yana tak berapa makan bubur ni , tak minat, manis.

    ReplyDelete
  2. tak pandai masak..tapi pandai makan..heheee

    ReplyDelete
  3. dah lama giler tak makan n masak...

    eh, masak...tersalah tulis ke apa ni...heheheh

    ReplyDelete
  4. oh saya ingat selama ini, bubur asyura sama dengan bubur lambuk..lain ye ?

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.